Thursday, January 19, 2012

U Mobile line broadband - RM68

U MOBILE - RM 68 PER MONTH
SPEED TEST  
DOWNLOAD SPEED 6.37 MBPS
UPLOAD SPEED 1.70 MBPS

Tui dia, ni memang betul2 pantas ni.. first time aku pakai broadband yg fully laju dan harjanya boleh tahan juga la. hari tui aku pakai prepaid u mobile, harga dia murah aje, 1 sim card dalam 8 ringgit cam tui je pastu bulan2 aku topup 40 ringgit untuk capasity 2 GB. boleh tahan juga. tapi sekarang aku pakai yang line pula, saje nak tukar teste.. huhu, takde aa aku nak capasity tinggi skit.. harga bulan2 RM 68 je, pastu dia punya usage 5 GB. mmg besar aa.. aku rasa aku pakai 3 orang dengan member2 aku cukup aa.. ops lupa nak cite.. umobile ni utk certain2 area je.. selalunya bandar2.. takut nanti korang dah langgan tgk2 takda coverage.. alik2 marah aku pulak ann.. huhu.. test aa pakai sapa yang duk KL tui..

Sunday, September 4, 2011

aku pon tak ingat bila aku tulis yg nih.. aku just post je...

laut..laut umpama tempat mandi..tempat menyucikan diri..selama ini manusia sering leka dan tandus dengan kekayaan serta kemewahan hidup..setiap diri mempunyai keinsafan yang perlu disemaikan..dia manusia perlu kembali kepada yang original

Friday, August 26, 2011

servis kereta

hari tu, sebelum balik raya aku ada tolong abang kedua aku pergi hantar kereta dia servis. aku hanya nak kongsi kat korang apa yang aku servis dan harga yang aku kena.. mana la tau, kalau2 korang nak compare ke ann.. ok

jenis kenderaan: kereta proton wira 1.5
tahun : hampir sepuluh tahun
kedai: di taman samudera batu caves, selangor
 detail servis
1. gear box oil 2 liter                                                               : RM 35
2. minyak engin savana turbo api sg/cd sae 20w50 heavy duty   :  RM65
3. oil filter
4. air filter                                                                               : RM 25
5. spark plug 11 (fuel enjection)                                                : RM 25
6. minyak brek
7. upah                                                                                   : RM 10+
                                                                             JUMLAH : RM 150++

itu saja dari aku... semoga ada yg mengambil manfaat..

p/s: faizal.. ade kesilapan teknikal lee..

Monday, August 22, 2011

Ayam bakar

salam semua..
dah lama aku nak buat benda nih.. resepi nih memang senang.. mak aku yang ajar ok..

antara bahan: ayam, serbuk ayam babas, bawang merah, bawang putih, halia, serai

mula2: korang blend bawang merah, bawang putih, serai dgn halia sekali.., lepas tu, campur dgn serbuk babas, lepas tu korang lumurkan kat ayam korang
kemudian, korang masak laa ayam korang tu dlm periuk tekanan, bbq set kkorang ke, ape2 la.. kalau tuk periuk tekanan tu dlm 40 minit siap.. lepas tu boleh la mkn



Sunday, August 21, 2011

Monday, August 1, 2011

ramadhan 1432 hijrah

Alhamdulillah, Selawat dan salam keatas junjugan besar Rasulullah s.a.w.. Dgn berkat kesyukuran kepadamu ya Allah, engkau temukan daku dengan ramadhan ini. Sungguh besar nikmatmu padaku. Jadikanlah Ramadhan ini, ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. Kuatkanlah diri ini dalam memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Jadikanlah daku termasuk dari golongan-golongan yang sedikit, iaitu golongan yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang engkau berikan. Ya Allah, terimalah amal ibadahku selama ini, ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Bersihkanlah jiwa ini dari segala sifat mazmumah yang mencelakan. Allah. Allah. Allah..

sempena dengan ramadhan ini, saya ingin mengajak semua agar memperbanyakkan istigfar kepada Allah, banyak memohon ampun kepadanya atas dosa yang telah kita lakukan. Jadikan ramadhan ini sebagai satu medan untuk melakukan perubahan, daripada yang lebih baik kepada lebih-lebih baik.

"kerana apa perlu kita memohon ampun? kan dah mintak semalam! kenapa nak mintak lagi hari ni? hari ni tak buat dosa lagi!. nanti dah buat mintak lah ampun."

saya ingin membawakan satu kisah, peristiwa dimana saidatina Aisyah menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. doa apa yang perlu beliau ucapkan, mohonkan, mintak kepada Allah semasa Ramadhan. Apa yang Rasulullah berikan adalah doa berupa permohonan keampunan daripada Allah. doanya yang berbunyi "Allahumma innaka afuun karim tuhubbu affua, fafuanni"
yang bermaksud, ya Allah, engkaulah tuhan yang suka mengampun, maka ampunkanlah dosa-dosaku.

sungguh doa ini diberikan kepada saidatina Aisyah, sedangkan beliau adalah wanita syurga. orang yang akan masuk syurga. tetapi Rasulullah s.a.w masih menyuruh beliau untuk meminta ampun kepada Allah. sama sepertinya Rasulullah s.a.w, baginda masih sendiri memohon ampun kepada Allah lebih dari 70 kali sehari. walaupun padanya tiada dosa dan confrim syurga.

inilah yang perlu kita lakukan, sentiasa membasahi mulut, bibir dan hati kita dengan zikir. memohon ampun, mengingatinya. ingatlah bahawa yang dicari adalah keredhoan Allah. Amin.

Sunday, July 3, 2011

rangkaian makcik kiah

seorang ibu tua yang menyara keluarga dengan membuat karipap sardin telah menjual karipapnya kepada seorang amoi dengan harga 10 sen, kemudian ia pon pergi mencari abu yang tingga dibandar yang jauhnya 30km. datanglah ia menjual kat abu sebuah karipap sardin dengan harga 30 sen sebiji, kemudian abu pon menjual kepada makcik kiah karipap itu untuk diletakkan dikedai makannya sebanyak 35 sen kemudian makcik kiah yang selalu menjual kuih muih pon menjual karipap itu kepada pelangannya degan har 40 sen sebiji.. maka untung lah rangkaian ibu tua, amoi, abu dan makcik kiah.

"kisah ini tiada kena mengena dengan yang telah meninggal ataupun masih hidup. kisah ini
adalah hasil persembangan penulis bersama rakannya."

kisah ini saja saya bawakan adalah untuk membuka mata kita agar melihat dunia ini dengan lebih lagi. kisah ini bukan diwujudkan untuk menimbulkan rasa dengki dan cemburu kepada siapa-siapa yang membacanya.

Monday, June 27, 2011

apa kisahnya???

terdetik di fikiranku, untuk memahami dan mengetahui bagaimanakah sejarah islam datang ke malaysia.

Saturday, June 25, 2011

solat jamak qasar

kisah benar

kisah ini saya coretkan untuk memberi pangambaran kepada pembaca bahawa terdapat beberapa kesalahan yang saya faham mengenainya yang dilakukan oleh orang-orang malaysia. terus ke tajuk utama.

hari itu, saya dan kawan ke *** untuk melancong ke ***, dipendekkan cerita saya dan rakan-rakan bermusafir ke sana. dalam perjalanan pulang, saya dan rakan-rakan singgah di masjid untuk menunaikan solat jamak qasar magrib isyak. masalahnya, imam yang ingin mengimamkan solat ingin mensolatkan solat magrib dahulu sebelum isyak, walhal waktu itu kami berada di waktu isyak.

sama juga kejadian beberapa hari lepas, saya pulang ke kampung bersama keluarga. apabila pulang saya dan ayah saya ingin menunaikan solat jamak qasar magrib dan isyak di dalam waktu isyak. kami bertemu dengan segolongan kumpulan yang memakai baju batik dan berkopiah dalam hati saya mereka lebih alim dari kami. jesteru saya menanyakan kepada mereka adakah mereka ingin solat jamak qasar. ya jawab mereka. jadi saya tanpa was-was solat bersama mereka. sebelum mulakan solat makmun di sebelah saya mengatakan bahawa ingin solat magrib dahulu kepada makmum-makmum lain disebelahnya. jadi saya begitu hairan adakah tiada masalah solat magrib dahulu ataupun adakah zalim solat magrib dahulu. jadi untuk solat ini, imam itu telah mensolatkan jamak taakhir magrib isyak dengan di mulakan solat isyak magrib dahulu kemudian diikuti oleh isyak. masalah yang sama pada solat jamaah bersama imam ini adakah pembacaan yang berlagu dan panjang walhal kami dan mereka didalam musafir dimana perjalanan kami masih jauh. adalah menjadi keelokkan kepada imam tersebut untuk membaca dengan berlagu dan panjang pada masa tersebut. lagi satu masalah adalah semasa kami solat magrib, seorang makmun yang masbuk masuk untuk solat disebelah saya pada rakaat kedua, disebabkan kami waktu itu solat magrib jadi pada tahhiyat kedua kami bersedia untuk bangun sambung rakaat ketiga solat magrib. dimana makmun yang masbuk tadi duduk tahhiyat terakhir, pada pandangan peribadi saya mukmum ini munkin meniatkan untuk solat isyak dahulu kemudian solat magrib. menjadi persoalan saya adalah adakah boleh menukar niat di akhir solat daripada solat isyak magrib kepada solat magrib isyak.

nantikan jawapannya


ok.. dapat dirumuskan bahawa ada 3 permasalahan disini
1. tertib solat
2. bacaan berlagu dan panjang
3. mengubah niat pada akhir solat

jaw.
1. daripada pengetahuan saya mempelajari ilmu daripada guru, rakan-rakan, pakcik-pakcik dan juga ibuayah saya, dapat dirumuskan adalah sunat dan afdal untuk solat pertama adalah solat pada waktu terbabit. maksudnya, jika seorang musafir berada didalam waktu isya, adalah sunat dan afdal jika ia solat isyak dahulu diikuti solat magrib. sama halnya jika beliau berada pada waktu asar adalah sunat dan afdal untuk solat asar dahulu diikuti solat zohor. tetapi adalah tidak salah untuk solat zohor/magrib dahulu dalam waktu asar/isya. Menjadi salahnya adalah mendahului solat asar/isyak dahulu dalam waktu zohor/magrib.
2.
3.

wallahualam

Sunday, June 19, 2011

dah lama aku impikan untuk buat benda ni. sebabnya aku rasa kita selalu menulis status di facebook supaya orang membaca dan mengambil pelajaran, dalam masa yang satu penyakit mazmumah akan tumbuh dalam jiwa dan diri kita yang menyatakan bahawa kita punya ilmu dan status yang baik, hebat, pandai, uptodate, dan macam2. semoga kita sentiasa mengikhlaskan diri kita hanya kerana allah. amim

nasihat sesuai dengan diri saya.
antara status facebook saya.

'if we realize, that we are on mission, we must keep the mission on'
'kalau bukan setetes cinta, takkan ku gubah sebaik puisi, kalau bukan karna cinta, takkan aku hadir di sini.' tifatul sembering.
'siapakah orang yang beruntung itu???'
'rehat minda. lampu apa yang kalau dipecahkan akan keluar orangnya???'
'perjalanan menuju abadi'
'mission acomplished'
'cuba jgn tak cuba, try don't try'
'Nikmatnya, Malaysia dah tak panas dah!!! Alhamdulillah'
'Yeay!!!'
'Langit Kuala Lumpur Yang Cerah'
'hati-hati semasa memandu motosikal, ingatlah orang yang tersayang'
'habis dah 15 minggu tahun nih'
'kejahatan itu bukan sekadar hadir dari niat seseorang untuk berbuat jahat, tetapi kerana ada kesempatan, waspadalah, waspadalah'
'astagfirullahalazim'
'hari ni,pmr keluar ke???'
'subhanallah'
'esok hari ape'
'jika hidup ini suatu persingahan, isikanlah ia kebaikkan untuk orang lain'
'best gak kalau kadang buat benda lain dari yg lain'
'aaa otak2 otak2 mai singgah mai singgah mai singgah yek. ayam murah2 ayam murah2'
'tidak ada kemuliaan di dalam hidup seorang muslim kecuali mati shahid dijalan Allah - sang murabbi'
'Ya Allah, dgn alquran, kurniakanlah kasih-sayangmu kpd kami, jdkanlah alquran sbg imam, chy, hidayah dan sumber rahmat bg kami. Ya Allah, ingatkanlah kami ayat yang kami lupa mengingatnya. ajarkan pada kami ayat yang kami bodoh memahaminya, kurniakanlah kenikmatan kpd kami membacanya sepanjang waktu, baik tgh mlm atau tghhari. jdkanlah Al-Quran bg kami sbg hujah, ya rabbal alamin.'
'kempen menutup aurat'
'rindu dengan bacaan imam'
rabbana la tuzik kulu bana bakda ishadaitana, wahabla min ladunka rahmah, innaka antal wahhab
'islam itu tinggi, tiada yang tinggi darinya'
tak lama lagi ramadan.. dah sedia?
bersama kita mencari persefahaman, bukan perbezaan
mencari khazanah yg hilang.. dimana semuanya.. semangat kecintaan dan pengorbanan
maafkan daku
best yeh kalau semua perempuan pakai tudung
apa pendapat anda jika satu hari, pahala anda bertambah dengan banyak disebabkan oleh orang lain. apa pula reaksi anda, jika satu hari, dosa anda bertambah dengan banyaknya disebabkan oleh orang lain. gembira, best, bengang, benci, aiya..
untuk menambahkan pahala, banyakkan mengajar kepada kebaikan kepada orang lain dan jauhkan dari mengajar perkara buruk kepada orang lain.
jadikanlah Al-Quran sahabatmu didunia, nescaya ia akan menjadi temanmu di dalam kubur.
kamu akan percaya jika kamu merasainya, bahkan lebih mempercayai apabila melihat dengan mata kepala kamu sendiri.
itulah balasan didalam kubur
“Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi, atau siapakah yang kuasa (menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan?” Maka mereka akan menjawab: “Allah”. Maka katakanlah “Mengapa kamu tidak bertakwa kepada-Nya)?” (QS. Yunus [10]: 31)
tubeislam.com
reunion di masjid al-azim
tomyam takda garam.. mmm..seeedaaap
edit videooo
p1 wimax vs strmyx..
waarghh... letih yehh.. baru balik dr tioman...
mohon doa untuk tok tersayang..
jom balik.
la tahzan... jangan bersedih kerana masa yg lalu.. ambil iktibar dari apa yang berlaku
nasihat utk diri sendri...
mencari pickup yg hilang... korek blok??
ucaplah Alhamdulillah
tido2...
filem yang ditunjukkan menunjukkan keadaan masyarakat.. fakta atau outa?
alhamdulillah
WAT is stand for windows activation technologies..
banyak bercakap banyaklah silapnya..
jangan bermasam muka lebih dari 3 hari...
bila raja lawak dah habis.. ape plak lepas nih...
manusia kalah dengan nafsu amarahnya
busan bila keseorangan.. tapi rasa benci bila terlalu ramai orang.. macam2
haish2x
jalan kejayaan adalah menjaga waktu
jom pegi melaka
tillan-tilla jablan
keseronokan atau??
haha.. hamster cage aku dah jual... pendrive lama dah dijumpai balik.. mkn je belom..
henshin
tuhan, dosaku mengunung tinggi, tapi rahmatmu melangit luas..
bila kita kenali tuhan
mencari ketenangan... masih...
touch pad cam rosak... silap install
mencari yang sesuatu.. tak jumpa2
camne nak guna facebook nih?