Monday, May 5, 2008

solat jamak dan qasar

maksud jamak ialah menghimpunkan manakala qasar ialah memendekkan.

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah".Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Syarat-syarat solat jamak dan qasar
1.Tujuan ia
musafir bukannya untuk tujuan maksiat.
2.Perjalanannya hendaklah melebihi dua
marhalah.
3.Solat yang diqasarkan itu hanya bagi solat Zohor, Asar, dan Isyak sahaja, dan dilaksanakan secara tunai. Tidak dibolehkan qasar solat qada
bagi solat yang ditinggalkan semasa musafir apabila telah tiba di dalam kawasan kediaman. Solat yang ditinggalkan dalam musafir boleh diqasarkan apabila diqadakan di masih dalam musafir.
4.Hendaklah diniatkan qasar di dalam masa takbiratul ihram.
5.Tidak boleh berimamkan orang yang bersolat tamam (sempurna ).
6.Hendaklah tempat yang dituju itu tertentu. Jika sekiranya tempat yang dituju itu tidak tentu, maka tidak boleh qasar.
7.Berkekalan perjalanannya sehingga sempurna solat.
8.Ia tahu bahawa orang yang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.



Berakhir Solat Qasar dan Jamak
1. Kembali ke kediaman / tempat tinggal sendiri
2. Berniat untuk menetap / bermukim
3. Berada di sesuatu tempat musafir lebih dari tiga hari

No comments: