Sunday, June 22, 2008

habis dah cuti...

yeah..tinggal beberapa hari saya akan berada dekat rumah ni..(sebelum masuk uitm)

macam2 perasaan bercampur aduk..
rasa sedih, gembira, pilu, best, tak sabar2, exited..dll
rasa macam baru je semalam cuti...walaupun sebenarnya sudah hampir dua bulan..

teringat dulu sebelum habis matrik, macam2 benda nak buat. nak pusing pulau pinang, nak tidur rumah kawan(syahir). nak jumpa semua rakan2 sekolah, nak berlatih main snuker(huhu)..nak joging pusing tasik titiwangsa..dll

okeh gak la..daripada semua rancangan2 yang nak buat tu, cuma satu je tak jadi..maaf syahir, aku dah banyak kali cuba, tapi masih tak berjaya..eheh

ade satu cerita..tapi biasa je..

hmm..nak cerita ke tak?

rasa, takda ape pun kalo tak cerita..tapi kalau tak cerita, nanti saya lupa.
so, bagus juga kalau saya cerita

beberapa minggu yang lepas
sewaktu keberadaan saya di kuala lumpur
tak banyak benda yang nak buat.
cuma duduk, makan, minum, tengok tv, main komputer.dll
disebabkan keboringan yang melampau ketika berada dekat rumah..
saya pergi la jalan2 dekat giant, dengan harapan dapat la beli barang keperluan yang ternyata sudah lama habis..
ketika tu, waktu masih pagi lagi, lebih kurang pukul sepuluh..
orang pun tak la ramai sangat. jadi mudah sikit nak cari barang. taklah tersesak2..

sampai sahaja dekat pintu utama giant tu, dengan riang dan gembira saya berjalan ke gerai yang dituju.
dalam perjalanan tersebut, lalu-lalanglah saya di hadapan beberapa kedai mini giant,
tak semena2 ada seseorang penjual yang menjual krim pelicin kulit datang kearah saya.

terkejut, mane tak terkejut, ada ke patut dia datang lepas itu terus sapu krim pelicin kulit tu kat tangan saya. huh. apa kena mamat nih? orang tak cakap pun nak. selamba je dia..

lepas tu, terus cerita pasal produk dia..bersunguh2 pula tu.
rasanya dia memang bersungguh2 nak sangat2 saya beli product dia.
tapi apakan daya..duit2 cukup2 je nak beli barang..maaf yek..

tak tau nak buat apa. dah cakap dah kat dia yang saya tak nak. degil juga nak terangkan
macam2 benda dia terangkan..
produk baru la, takda bahan kimia la. mudah la. beberapa minit dah boleh jadi licin la..produk nih dari sungai petani la..macam2

dia bagi tahu yang dia dah dua bulan dah duduk kat giant tu,
esoknya nak balik sungai petani dah..dalam hati kata, nak balik, balik la..takyah nak paksa saya beli.

memang kebetulan esok harinya, saya pun nak balik sungai petani. teman kakak..dua hari je..
lepas tu, saya terus buat alasan yang saya nak pergi tengok barang tu kat sungai petani, mana tahu boleh dapat murah..hehe

dia pula merayu2 suruh beli juga produk dia, sampaikan dia boleh kurangkan harga separuh daripada harga sebenar.mula2 harga awal rm 15
sampai2 akhir dia turun sampai rm 8..terkejut gila..harga rm8 ni..confirm masih ada untung..dah sah tak leh pakai..confirm banyak gila untung yang dia ambil daripada harga awal tu(patut ke tak patut?jawab2)

akhir sekali dia menyerah juga. boleh la saya pergi beli barang saya tu..dasyat tuh..hampir satu jam adegan tarik menarik tu..huhu

yang tak tahan juga yeh. minggu lepas, saya datang balik giant, kali ni datang dengan ayah.
nak ambil sedikit cash..
terkejut..nampak lagi mamat yang jual produk tu..hish2..kata nak balik?
selamat dia tak tarik macam hari tu lagi.

tapi saya dengar sekarang produk ni dah membiak..semakin besar.
ada sekali tu,pergi uptown danau..jumpa lagi, ada orang jual product ni.
rasanya, ramai orang dah pakai produk ni. tapi tak tau la jadi apa.

semoga sukcess.huhu

1 comment:

kyoO~rEz@ said...

huhu..
bez gak citer adegan tarik menarik ko nieh..
ingat tarik2 rambut je ade..
tarik2 tgn pn adew gak eh..huhu