Saturday, June 14, 2008

reunion atau kebumi?

hmm...hari ni macam2 benda berlaku.

bermula pukul 9 pagi tadi, buat rancangan nak keluar ke restaran Haslam( ade reunion ) diharap dapat keluar seawal munkin. Disebabkan dah jadi AJK terpaksalah pergi awal walaupun sebenarnya aktiviti bermula pukul 10.30.

selepas saje bersiap, tengok jam di dinding menunjukkan pukul 9.20, cadangan nak ambil rakan2 antaranya syafiq, megat dan amrin.
mula2, kereta yang sedia panas dan tak sabar nak bergerak ni terus munuju pergi rumah syafiq, dan dengan mudah dan lancarnya syafiq ikut serta dalam rombongan ke restoran Haslam.

setelah itu, saya terus memandu kereta proton satri 1.3 terus ke rumah megat. sebenarnya saya berasa kurang selesa untuk mengambil megat ke reunion terus. disebabkan atuk megat baru sahaja pulang ke rahmatullah petang semalam, diceritakan pemulanganya adalah kerana sakit tua.

setibanya di rumah megat, salah seorang jiran lelaki ku kenal dengan gelaran pak cik umno datang ke kereta dengan sedikit lambaian saya memahami bahawa seluruh keluarga lelaki megat dah pergi ke masjid untuk memandikan serta mengafankan mayat.

dengan rasa insaf dan kecewa, saya mengajak syafiq ke masjid untuk solat jenazah dan kebumikan mayat sekali bersama megat di perkuburan taman selasih. sewaktu imam membacakan talqin di depan kubur, terasa diri banyak dosa dan betapa ruginya masa di dunia ini jika tak digunakan dengan sebaiknya untuk beribadat menambah pahala. ruginya.

disamping itu, amrin masih lagi berada di rumah beliau, saya menunggu semua urusan jenazah selesai kemudian baru pergi ambil amrin. kami bertiga megat dan syafiq terus menuju ke rumah amrin terus ambil beliau dan menuju ke restoran haslam.

perjalanan ke restoran haslam mengambil masa tidak kurang dari 30 minit, di sebabkan ade kesesakan lalu lintas di hadapan bulatan pahang, menyebabkan masa setengah jam bertambah menjadi 1 jam.

tiba di restoran lebih kurang pukul 12 tengahhari jauh, lari dari rancangan awal. hmm takpe dah takdir menentukan. kita merancang tuhan yang menentukan. di restoran, kami semua terus menjamu selera dan bertegur sapa semua rakan2 yang sudah lame tidak jumpa. terkejut dan terperanjat melihat rakan2 yang sudah bertahun tak jumpa.

masuk dalam restoran tu, terus penyambut tetamu bagi cenderahati ( gula2 ) . dekat cenderahati tu ade nombor bertuah. antara kitorang berempat yang sangat2 betuah ialah megat. dia dapat hadiah. bagus juga kalau dia dapat, boleh merawat hati dia yang baru saja kehilangan datuk yang tercinta.

waktu tengah duduk bermesra dengan rakan2 yang lama tak jumpa tu..tiba2, hah! saya terkejut, budak2 perempuan tengah tangkap gambar beramai2, dalam hati dapat rasakan yang budak2 lelaki baru saje habis tangkap gambar. hmm. takda rezekilah kali ni. huhu takpe la. harap2 maya ade amik gambar saya waktu makan. harap sangat. kalo ade boleh la letak gambar dalam ni.

sedap juga la makanan gathering kali ni, ade ayam, udang, sotong, ikan bilis, dll huhu ade lagi yang tak disebutkan disini. tak tau name. hehe.
lepas saje menjamu selera, kitorang bertukar2 nombor talipon sembang2 tanya kabar, seboleh2 nak tanya tengah buat apa sekarang? kebanyakkan ambil diploma, sikit je budak laki yang ambil foundation. diorang kata takut, payah, susah, ramai tak lepas la, macam2 alasan. huhu takpa la dah tu yang diorang pilih. tak salah.

lebih kurang pukul 1 lebih, saya menasihati rakan yang nak naik kereta dengan saya dapat solat zohor dekat restoran ni. sebab takut apa2 hal. tak sampai rumah ke, kerete pancit ke, takut gak kalo pape terjadi kat jalan raya. uhuh. akhir2 suruhan saya tu jadi kat rakan2 je, saya sendiri tak solat, bukan apa, saya rasa kurang selesa nak solat kat situ memandangkan ramai yang dah balik. "alasan"

umar zulkifli datang kearah saya, "zul, ko naik kete an? tumpang boleh? "hmm...boleh kut" saya jawab ragu. yela, saya dah la naik kereta satria 1.3. bawa amrin gan syafiq lagi, takut gak tak muat. tapi takpa la tak muat pon, yang sempit penumpang bukan saya. hehe jadi juga la umar nak tumpang. kalau tak kasi, dia nak naik ape, kesian pula karang. lepas tu, tetiba je megat datang, dia cakap "zul takpe la, aku tumpang muaz(mc) balik, nak teman dia makan".. hmm..bagus2, tak la sempit sangat.

kakak umar, baru je berkahwin dua minggu lepas, agak terkejut juga bila dengar berita kakak dia kahwin, yela beza setahun je dengan saya, senior tu kat kmpp. jumpe dia waktu jadi fasi orientasi pelajar baru tahun lepas.
dapat juga tanya umar, camne bibik cinta kakak dia gan abg ipar die. lucu juga dengar cite dia. heheh

lepas saje hanta semua pelangan (mcm pemandu teksi plak) terus balik rumah. lebih kurang pukul 3. sampai je rumah terus amik wuduk pergi solat. selamat sempat. kena juga marah dengan mak sebab solat lambat. itu saje yang di ceritakan dekat sini..alhamdulillah, dua2 benda dpt buat,. jenazah dapat diuruskan sampai habis, reunion pon dapat diuruskan sampai habis.

2 comments:

Anonymous said...

igt nak comment...tp cita ko tue pnjg sgt ar....malas nk bca...

zulfadli said...

best la pulak!!