Sunday, June 8, 2008

wasiat

Dari Hatim Al-Asom

"Terburu-buru itu temasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat, maka ia termasuk sunnah Rasulullah saw

1) Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2) Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3) Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4) Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5) Bertaubat dari dosa, bila ia telah melakukannya.

LIMA PESANAN DARI SYEIKH AL-BALKHI

"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan"

1) Sembahlah Allah sebanyak keperluan selama umurmu di dalamnya.
2) Ambil apa-apa dari dunia menurut kemampuanmu selama umurmu di dalamnya.
3) Lakukan maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabnya.
4) Persiapkam bekal di dunia untuk selama kamu tunggal di dalam kubur.
5) Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal di dalamnya."

HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA

Dari Sufyan Sauri : Tiada berkumpul harta disisi seorang pada zaman ini, melainkan timbul di dalam dirinya lima perkara:

1) Panjang angan-angan
2) Sentiasa tamak
3) Sangat kedekut
4) Berkurang waraknya
5) Lupa kepada akhirat