Monday, November 3, 2008

orang zalim

1. seorang yang bedoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan anak2nya dan kaum mukmin.

2. seorang yang pandai membaca alquran, tetapi tiap2 harinya tidak membaca seratus ayat

3. seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyaang dua rakaat

4. seorang yang berjalan melalui kubur kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. seorang yang sampai di sebuah kota pada hari jumaat kemudiaan tidak solat jemaah.

6. seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim, tiba2 tidak mahu belajar apa2 daripadanya

7. dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing2 tidak menanyakan nama.

8. seorang diundang pada jamuan tiba2 tidak datang.

9. pemuda yang tiada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

10. seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makannya itu.

dipetik dari buku mutiara renungan ummah.

No comments: