Wednesday, June 23, 2010

Amr bin Abasah

sesuatu yg ingin aku kongsikan pada kalian yg membaca.
kisah ini terjadi pada peringkat penyebaran dakwah Rasulullah s.a.w kepada orang2 mekah. pada peringkat ini dakwah telah dilakukan secara terbuka. antara nya adalah kisah salah seorang pemuka di luar bani quraisy yg telah memeluk islam kerana apa yg dibawakan oleh Rasulullah s.a.w, beliau adalah amr bin abasah.

kisahnya
ketika beliau sedang mencari2 Rasulullah di mekah. sedang mencari2.
Rasulullah telah mendatangi beliau secara diam2. ternyata Rasulullah lebih mengetahui akan hajatnya, kemudian Amr bertanya, " siapakah engkau?"

"aku adalah Nabi Allah," jawab Rasullullah.

"apa itu Nabi?"

"Nabi adalah pesuruh Allah."

"siapa yg menyuruhmu?"

"Allah"

"ajaran apa yg engkau bawa?

"agar tali silaturrahim terus disambung, agar darah tidak ditumpahkan, agar jalan2 tetap aman, agar berhala2 dihancurkan, agar Allah satu2nya yg disembah dan tidak dipersekutui."

akhirnya Amr b abasah telah kagum dengan apa yg dibawa oleh Rasullullah, dan akhirnya beliau menzahirkan keislamannya pada baginda.

ya cuba lihat, kata2 rasulullah. beliau ingin talisilaturrahim disambungkan, bukan diputuskan, bukan dipulaukan, bukan dibenci, tapi disambung.

disini, dapat kita lihat betapa zaman sekarang ini banyak perpecahan dikalangan umat islam. kalau di lihat ia merupakan perkara yg kecil saja kalau dibandingkan dengan kekejaman orang israel terhadap umat islam. kita asyik bergaduh sama sendiri tanpa menghiraukan kepentingan umat islam.

ingin saya mengambil contoh seperti hamas dan fatah. walaupun hakikatnya dilihat bhw fatah adalah parti nasiolis iaitu parti kebangsaan tp hamas tidak meletakkan pergaduhan, perdebatan, pertikaian adalah yg penting untuk menunjukan siapa benar, siapa salah. bukanlah senyap dan tidak berbuat apa2 terhadap fatah itu penting, tapi adalah lebih baik.