Friday, May 27, 2011

practical 15 minggu di Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd... (3 jan - 15 apr 2011)

2 januari 2011

Sekarang berada di Bedong, Kedah berseorangan dirumah mak dan abah. Esok saya serta rakan-rakan seperjuangan sesemester akan melalui satu pengalaman baru yang diingini oleh semua orang. Saya akan berpractikal a.k.a latihan industri di Naza Automative Malaysia selama 4 bulan bersama-sama 4 rakan yang lain yang tidak tahu mana asal usul belajarnya. Esok baru saya akan berkenalan dengan mereka. Disana, saya akan diperturunkan ilmu dalam bidang yang sedang saya ambil, kejuruteraan mekanikal. Sungguh sekarang saya berasa sungguh cuak dan gementar. Tidak tahu nak buat dan nak cakap apa esok.

Untuk hari pertama esok, saya diminta untuk memakai pakaian formal, baju kemeja, seluar slack serta tie. Esok saya akan bangun seawal munkin untuk solat subuh, bersarapan, exercise sedikit dan terus ke tempat latihan industri saya itu.

10 januari 2011

Seminggu selepas saya melalui satu pengalaman baru di Naza. Alhamdulillah, Naza memberi 2 helai baju t-shirt berkolar untuk dipakai setiap hari. Untuk minggu pertama, saya diberi tugas untuk ke tempat assembly. Di sana saya disuruh untuk menulis report mengenai bahagian-bahagian yang ada di dalam assembly. Minggu pertama bagi saya penuh dengan persoalan, banyak rasanya yang perlu belajar dari kecil-kecil hinggalah ke besar-besar. Semuanya perlu ditanya, tiada softcopy diberi begitu sahaja. Bagi saya, tidak mudah untuk mendapat benda baru. Saya perlu menjadi seperti pelajar yang tidak tahu apa melainkan ape yek, walaupun saya mengetahui serba sedikit. Soalan-soalan itu akan sentiasa dikeluarkan bagi mengelakkan orang-orang yang ingin mengajar saya benci dan bosan dengan saya. Bagi saya, sesetengah mereka bukanlah hendak melihat tahap kepandaian kita atau pon apa yang kita ketahui tetapi mereka akan menyakat dan menghentam kita sedahsyat-dashsyat untuk melihat kekuatan mental serta emosi kita. Saya tak nafikan sesetengah mereka amat menyukai sekiranya diri kita sentiasa menanyakan soalan dan mereka akan berusaha bersungguh untuk memahamkan kita. Syukur, alhamdulillah.

Saya ada satu pegangan ataupun pendapat- sekiranya kita tidak rasa diuji dan kita selesa sahaja, bermakna, kita berada dalam situasi tersangat bahaya. Ini kerana, ada ayat al-quran mengatakan mengapa kamu mengatakan kamu beriman, sedangkan kamu belum diuji. Bermaksud, jika kita berada dalam keselesaan tidak diuji, tak perlulah merasa diri itu punyai iman.

Esok En. Faizuri selaku saya punya supervisor akan melihat progress saya selama seminggu ini. Saya dapat rasakan saya akan ditanya soalan yang bukan-bukan serta menguji kesabaran.

24 Januari 2011

Selepas 14 hari menulis diari, kali ini saya diberi peluang masa dan kesempatan untuk menulis lagi. Minggu nih adalah minggu keempat saya menjalani latihan industri di Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd.. macam sudah saya belajar dan semakin banyak saya belajar, semakin banyak rasanya kekurangan dalam diri ini. Minggu ni saya memasuki section ketiga, iaitu painting, sebelum ini saya masuk utilities. Dan sebelum utilities saya masuk assembly. Kesemua tempat yang saya masuk mempunyai berbagai-bagai ragam orang dan bermacam-macam peragai. Ada yang baik. Ada yang garang. Ada yang banyak cakap. Ada yang kurang bercakap. Ada yang sentiasa gembira. Ada yang sentiasa sibuk. Macam-macamlah.

Buat masa sekarang saya masih lagi dalam process gembira. Yela, hari tui, en. faizuri kata nak tengok report setiap minggu. Dan setiap kali dia tengok, dia nak tengok benda yang baru. Tapi apa yang berlaku. Dah dua minggu dia sibuk, dan tiada masa untuk melihat report saya. Dalam masa yang sama saya kena pergi melawat shop-shop yang ada. Memang rasanya kurang tekanan, tapi untuk akan datang tak tau la nak kena buat apa-apa pulak kan..hmm, untuk maklumat, selepas saya habis pusing-pusing shop, saya akan diberikan tugas atau project untuk disiapkan. Project tui akan diberikan oleh en. faizuri. harap-harap benda yang en. faizuri nak kasi berkaitan dengan minat aku. Amin

Untuk hari ini saya nak cerita mengenai assembly dan utilities. Painting minggu depan saya cerita, lagipon baru sahaja sehari masuk, takkan nak bagi komen dah kut.. huhu ok. Assembly bagi saya memang banyak mekanikal, dari mulanya badan kereta masuk sehinggalah kereta keluar memang menarik untuk dikaji. Alhamdulillah, saya dari dulu suka benda-benda yang guna motor, semangat nak tahu tui lebih sikit berbanding perkara yang lain. Technition-technition assembly memang sporting. Mereka memang tak kedekut ilmu. Tak kesahlah ko nak tanye pasal ape, diorang mesti akan jawab dengan jawapan yang paling tepat tanpa ada perasaan tak puas hati atau begang. Dari segi ilmu memang diorang tak kedekut, lagi satu dari segi komunikasi. Diorang mmg pandai buat lawak. Aku kalau duduk dengan diorang mesti duk gelak tak habis2. Yang best yeh diorang wat lawak bukan kutuk orang. Tapi mmg lawak.. hehe lagi satu saya nak puji diorang adalah, bila diorang tension ke ape ke, bos marah ke, mcm le, diorang still masih layan saya dengan member saya.. tak bosan langsung kalau duduk dengan diorang nih..

Utilities, satu section yang meluas dibawah FM. Lepas satu, satu.. untuk report utilities nih saya ada 9 subtopic, banyak wooo... siap dengan process dengan function lagi. Untuk utilities, dari kaca mata saya, saya melihat kerja-kerja yeh kurang sikit berbanging assembly, dia agak relex sikit dan kurang tekanan, walaupun kalau duduk kat ofis belakang tui memang susah nak nampak diorang. Ini semua adalah berkaitan kerana kerja-kerja yang dilakukan di section utilities tidak direct berkaitan dengan line. Tapi dari pemerhatian saya, kerja diorang ni, tak seberat section lain. Di section nih banyak ilmu yang saya belajar antaranya mengenai electrical, pump, chiller, DI water, LPG, WWT and mcm2 lagi.. saya menetap di utilities section tak lah lama mana, dalam seminggu je.. lepas tu masuk pulak painting.. kat utilities, aku suka dengan en. mohd noor, cara dia cakap mmg memberi motivasi kat diri aku. Selama 2minggu aku buat tai sho dengan utilities, tapi seminggu je aku dengan diorang.. untuk assembly plak, aku tak buat taisho langsung.. mmg pelik haha..

27 januari 2011

Esok sehari lagi saya berada di panting. Rasa-rasa saya masa untuk berada dekat shop painting sekejap je. Tak banyak yang saya dapat belajar. Hari pertama, tak silap saya en fauzi bawa saya pergi pusing-pusing tengok process yang ada dalam painting. Lepas tui dia bawa tengok equipment-equipment yang besar plak. Tapi tak banyak sangat benda yang saya dapat. Kurang skit.. ooOOpPps..

19 march 2011

Wah cepat yeh masa berlalu, masuk minggu nih saya dah melalui tempoh practical selama 11 minggu dah. Macam2 benda yang saya belajar n macam2 benda yang masih saya nak belajar, tapi tak kesampaian. Yang best 2 minggu lepas, saya masuk RND. Tempat tui memang confidential nak ambil gambar memang tak boleh. Semua tui rahsia syarikat lah katakan. Selama tiga hari saya masuk dalam tui, antara yang saya dapat tengok ialah teknologi yang Naza guna memang kehadapan. Maju beb. Selain tui, saya dapat belajar pasal surface drawing ( lain dari drawing eng. Buat), saya belajar cnc dan akhirnya saya tengok machine fabricate apa yang telah di lukis guna CatiaV5R17. Minggu nih plak, yang best saya dah dapat satu project yang saya kendalikan sendiri. Memang syok. Dah lama dah saya mintak project. Supervisor saya taknak kasi, dia nak suruh saya buat reverse engineering je. (lain dari apa yang dia cakap awal dulu) Mula2, saya ikut je apa yang supervisor saya cakap. Last2, saya rasa mcm ada kekurangan je untuk report saya bila saya buat reverse engineering. Kureng sikit. Alik2, isnin minggu nih saya cakap kat en. rosli, “bagi la kerja kat saya” , saya tengah takda kerja. Yang ada kerja pon buat report jer.. mana tak boring.. Fuuuh.. akhirnya, dia bagi project kat saya.. huhu seronok time tui.. paling kurang ade gak la sesuatu yang saya buat kat kilang naza tui.


abg li dengan abg farid

abg li

13 april 2011

Minggu kelima belas, iaitu minggu yang terakhir saya berpractical dekat naza. Mmg rasa sedih campur gembira. Tak sangka pula jadi mcm nih. Mesti la korang tertanye2 ape yang saya tak sangke an.. hehe sebelum saya nak cerita pasal project yang saya buat dan orang yang aku jumpa, saya nak cerita pasal perayaan yang disambut semalam. Semalam pukul lima setengah ada satu program ataupun majlis perpisahan yang dibuat untuk supervisor saya ( en faizuri md akhir) yang akan berpindah ke kilang baru dan juga untuk saya dengan partner saya sekali sempena yang kitorang akan habis tak lama lagi. saya lagi tiga hari, dan partner saya lagi seminggu. Jadi alang-alang diorang nak buat majlis tui sekali senang cerita. Hehe yang best dan membuatkan saya terharu tuh sebab diorang ada bagi hadiah dekat saya dengan partner saya mmg tak sangka la practical dapat alaun, dapat ilmu, dapat tambah kenalan dan akhir sekali dapat juga hadiah.. best sungguh. Lepas tui kitorang dijamukan dekan KFC dan juga dadih yang di buat oleh en rosli (store), mmg sedap dia buat dadih. Lupa plak nak cakap kat sini, majlis tui menjemput semua ahli facilities maintenance untuk hadir. Mmg seronok la majlis tui.. hehe

en faizuri dan saya

Okeh, back to serius matter, buat masa sekarang nih, project yang saya sebutkan sebelum ini dan tadi dah hampir 90% siap, lagi dua tiga hari saya dekat naza nih saya akan dibantu oleh en rosli (assembly) untuk menyiapkan project tui dengan jayanya. Dekat sini, saya ingin sangat2 mengucapkan penghargaan kepada en rosli aka abg li. Tanpa dia saya rasa project yang saya nak buat nih confirm tak berjalan dengan lancar. Dialah yang banyak membantu dan menyiapkan project nih tak pernah dia mengeluh sikit pon. Itu yang membuat aku terharu tuih.

Untuk supervisor saya, saya doakan supaya dia terus dan terus sukses sehingga nya

26 mei 2011

Salam semua, (ada org ke?) hehe.. okeh sekarang nih saya sedang menikmati cuti yang panjang nih. Alhamdulillah. Mulanya cuti nih saya nak kerja, tapi bila balik je dari kedah ke Kl ayah saya tak bagi kerja. Dia kata lebih baik duduk rumah dan buat bisnes dengan dia. Alhamdulillah sekarang bisnes tui dah ok dan otw.. ok.. utk result LI saya, walaupun dalam hati ini rasa mcm gelisah tak tentu arah tapi saya yakin keputusan yang saya dapat nanti itulah yang menggambarkan saya.. saya redho.. keputusan LI akan keluar bulan enam nih.. saya akan letak keputusan LI di NAZA pada bhg comment.. InsyaAllah.. dan semua apa yang saya tulis diatas adalah berdasarkan apa yang terlintas di hati dan tiada niat di hati ini utk menguris sesiapa pon.. akhir kalam assalamualaikum


prog bacaan yasin di rumah naza

nih pula, gambar anual dinner

25 comments:

Mohammed Faizal said...

terbaik....nanti boleh terus kerja di sini

maisara said...

salam..nak tanya, macam mana nak apply praktikal kat naza? kalo student manufacturing engin diterima x?

zulfadli said...

maaf la lambat reply..
senang je.. mula2 talefon hr naza, pastu hantar surat nak practical, resume n kalau boleh bg skali result cgpa.. pastu tunggu je.. IA senang je dapat..

mimie said...

tenQ di ats pengalamn awk..nnt sy dh nk msuk prktikal kt naza..bila bca nih,at least sy da tau suasana kt naza cmna..even bkn bidang yg sma..=)

aKEYlah said...
This comment has been removed by the author.
zulfadli said...

Mimie: Sama2.. bidang ape tuh?
aKEYlah: wsalam, huhu.. takdalah byk, biasaje..aah, gurun kedah..IA = InsyaAllah.. nak kata senang tak juga.. tapi kalau nak senang, pergi jumpa HR sane.. IA, diorang akan tolong.. elaun lebih kurang yg lain je.. :)

aKEYlah said...
This comment has been removed by the author.
zulfadli said...

aEYlah: alhamdulillah.. bagus lee.. lagi beberapa hari lagi nak start.. best kat Naza, semua orang sporting.. kadang2 kalau berkesempatan diorang ada buat makan2.. nanti dah practical, tulis lah blog pasal practical kat NAZA.. boleh jadi rujukan org lain plak.. ape blog awak yeh?

aKEYlah said...
This comment has been removed by the author.
kimy said...

salam. kat naza ada tak practical untuk student rekabentuk industri ?

Anonymous said...

assalamualaikum...
bro, nak tya...
li degree or li dip huh??
terima kasih

Muhammad Zulfadli said...

waalaikumsalam.. ye bro.. aku li degree.. biasa2 je.. skrg dah masuk ONG plak.. hehe

Anonymous said...

elaun bg bpe?

Nazmi Mi said...

Nk tanya elaun yg brikan pihak naza berpa yer...

zulfadli said...

wsalam nazmi mi,

mcm pernah dengar je nama ni.. tapi kat mana yek.. hehe alaun naza lebih kurang yg lain je. huhu.. lebih kurang petronas kut.

Nur Sakinah said...

Assalamualaikum wbt.. nak tnya, dkt naza ada ambik student dlm bidang networking tak?

Muhammad Zulfadli said...

Nur sakinah: Waalaikumsalam. X pasti saya. Kne confirm dgn hr naza.

Muhammad Zulfadli said...

Nur sakinah: Waalaikumsalam. X pasti saya. Kne confirm dgn hr naza.

syazani rozani said...

Asalamualaikum . ad elaun x

Muhd Razak said...

Assalammulaikum,saya ambik ijazah ib,..naza ambik budak management untuk pratikal?

Muhd Razak said...

Assalammulaikum,saya ambik ijazah ib,..naza ambik budak management untuk pratikal?

siti anasuha said...

boleh saya tahu tak berapa elaun naza bagi

F4Iz said...

assalamualaikum.naza ada ambik budak komputer math untuk latihan industri tak?

fildza nabila said...

salam..naza ada ambk budak praktikal kos logistik dan rangkaian bekalan tak?

fildza nabila said...

salam..naza ada ambk budak praktikal kos logistik dan rangkaian bekalan tak?