Saturday, June 25, 2011

solat jamak qasar

kisah benar

kisah ini saya coretkan untuk memberi pangambaran kepada pembaca bahawa terdapat beberapa kesalahan yang saya faham mengenainya yang dilakukan oleh orang-orang malaysia. terus ke tajuk utama.

hari itu, saya dan kawan ke *** untuk melancong ke ***, dipendekkan cerita saya dan rakan-rakan bermusafir ke sana. dalam perjalanan pulang, saya dan rakan-rakan singgah di masjid untuk menunaikan solat jamak qasar magrib isyak. masalahnya, imam yang ingin mengimamkan solat ingin mensolatkan solat magrib dahulu sebelum isyak, walhal waktu itu kami berada di waktu isyak.

sama juga kejadian beberapa hari lepas, saya pulang ke kampung bersama keluarga. apabila pulang saya dan ayah saya ingin menunaikan solat jamak qasar magrib dan isyak di dalam waktu isyak. kami bertemu dengan segolongan kumpulan yang memakai baju batik dan berkopiah dalam hati saya mereka lebih alim dari kami. jesteru saya menanyakan kepada mereka adakah mereka ingin solat jamak qasar. ya jawab mereka. jadi saya tanpa was-was solat bersama mereka. sebelum mulakan solat makmun di sebelah saya mengatakan bahawa ingin solat magrib dahulu kepada makmum-makmum lain disebelahnya. jadi saya begitu hairan adakah tiada masalah solat magrib dahulu ataupun adakah zalim solat magrib dahulu. jadi untuk solat ini, imam itu telah mensolatkan jamak taakhir magrib isyak dengan di mulakan solat isyak magrib dahulu kemudian diikuti oleh isyak. masalah yang sama pada solat jamaah bersama imam ini adakah pembacaan yang berlagu dan panjang walhal kami dan mereka didalam musafir dimana perjalanan kami masih jauh. adalah menjadi keelokkan kepada imam tersebut untuk membaca dengan berlagu dan panjang pada masa tersebut. lagi satu masalah adalah semasa kami solat magrib, seorang makmun yang masbuk masuk untuk solat disebelah saya pada rakaat kedua, disebabkan kami waktu itu solat magrib jadi pada tahhiyat kedua kami bersedia untuk bangun sambung rakaat ketiga solat magrib. dimana makmun yang masbuk tadi duduk tahhiyat terakhir, pada pandangan peribadi saya mukmum ini munkin meniatkan untuk solat isyak dahulu kemudian solat magrib. menjadi persoalan saya adalah adakah boleh menukar niat di akhir solat daripada solat isyak magrib kepada solat magrib isyak.

nantikan jawapannya


ok.. dapat dirumuskan bahawa ada 3 permasalahan disini
1. tertib solat
2. bacaan berlagu dan panjang
3. mengubah niat pada akhir solat

jaw.
1. daripada pengetahuan saya mempelajari ilmu daripada guru, rakan-rakan, pakcik-pakcik dan juga ibuayah saya, dapat dirumuskan adalah sunat dan afdal untuk solat pertama adalah solat pada waktu terbabit. maksudnya, jika seorang musafir berada didalam waktu isya, adalah sunat dan afdal jika ia solat isyak dahulu diikuti solat magrib. sama halnya jika beliau berada pada waktu asar adalah sunat dan afdal untuk solat asar dahulu diikuti solat zohor. tetapi adalah tidak salah untuk solat zohor/magrib dahulu dalam waktu asar/isya. Menjadi salahnya adalah mendahului solat asar/isyak dahulu dalam waktu zohor/magrib.
2.
3.

wallahualam

1 comment:

maududi said...

Sebenarnya persoalan solat jama' qasar bagi maghrib dan isyak memang mempunyai khilaf Para Ulama... tidak menjadi salah untuk melakukan solat magrib dulu diikuti dengan isyak untuk jama' ta'khir bahkan disebut dalam setengah2 kitab... Cuma kebanyakan ulama menyatakan kita perlu buat solat isyak dahulu kemudian diikuti dengan magrib untuk jama' ta'khir. oleh sebab itu, jangan kita meletakkan mereka yang melaksanakan kaedah yang sedemikian silap atau salah faham. Kita yang ikut perlu lebih memahami sebenarnya kekhilafan yang berlaku dikalangan ulama agar kita berlapang dada dengan kekhilafan. Walaubagaimanapun, tidak boleh niat ditukar sesuka hati diwaktu solat. Oleh itu, penting untuk memaklumkan kepada makmum sebelum solat.