Monday, August 1, 2011

ramadhan 1432 hijrah

Alhamdulillah, Selawat dan salam keatas junjugan besar Rasulullah s.a.w.. Dgn berkat kesyukuran kepadamu ya Allah, engkau temukan daku dengan ramadhan ini. Sungguh besar nikmatmu padaku. Jadikanlah Ramadhan ini, ramadhan yang terbaik dari yang sebelumnya. Kuatkanlah diri ini dalam memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Jadikanlah daku termasuk dari golongan-golongan yang sedikit, iaitu golongan yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang engkau berikan. Ya Allah, terimalah amal ibadahku selama ini, ampunilah segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Bersihkanlah jiwa ini dari segala sifat mazmumah yang mencelakan. Allah. Allah. Allah..

sempena dengan ramadhan ini, saya ingin mengajak semua agar memperbanyakkan istigfar kepada Allah, banyak memohon ampun kepadanya atas dosa yang telah kita lakukan. Jadikan ramadhan ini sebagai satu medan untuk melakukan perubahan, daripada yang lebih baik kepada lebih-lebih baik.

"kerana apa perlu kita memohon ampun? kan dah mintak semalam! kenapa nak mintak lagi hari ni? hari ni tak buat dosa lagi!. nanti dah buat mintak lah ampun."

saya ingin membawakan satu kisah, peristiwa dimana saidatina Aisyah menanyakan kepada Rasulullah s.a.w. doa apa yang perlu beliau ucapkan, mohonkan, mintak kepada Allah semasa Ramadhan. Apa yang Rasulullah berikan adalah doa berupa permohonan keampunan daripada Allah. doanya yang berbunyi "Allahumma innaka afuun karim tuhubbu affua, fafuanni"
yang bermaksud, ya Allah, engkaulah tuhan yang suka mengampun, maka ampunkanlah dosa-dosaku.

sungguh doa ini diberikan kepada saidatina Aisyah, sedangkan beliau adalah wanita syurga. orang yang akan masuk syurga. tetapi Rasulullah s.a.w masih menyuruh beliau untuk meminta ampun kepada Allah. sama sepertinya Rasulullah s.a.w, baginda masih sendiri memohon ampun kepada Allah lebih dari 70 kali sehari. walaupun padanya tiada dosa dan confrim syurga.

inilah yang perlu kita lakukan, sentiasa membasahi mulut, bibir dan hati kita dengan zikir. memohon ampun, mengingatinya. ingatlah bahawa yang dicari adalah keredhoan Allah. Amin.

1 comment:

Mohammed Faizal said...

terbaik...entry ni mengandungi nasihat yang tak ternilai, ni dah macam ceramah di alam maya...teruskan usaha zul.