Sunday, March 18, 2012

SEM 8

alhamdulillah, summalhamdulillah.

kini sudah sem 8 aku belajar dan menuntut ilmu di UiTM Shah Alam sebagai pelajar kejuruteraan mekanikal dan IA jika semuanya berjalan dengan lancar aku akan tamat belajar pada bulan julai 2012 ini. Dah lama aku tidak menulis sebenarnya dan sekarang aku rasa kekok dengan bahasa2 yang aku nak gunakan, ye la sebulan sekali je aku pos, itu pon letak gambar je.. "kelu" rasa tangan ini ingin menulis, tak tau apa yang ingin diluahkan walaupun sebenarnya dlm hati ini ada beribu2 kekacauan dan kekusutan. aku cuba untuk tabahkan diri melalui liku-liku, onak-onak duri hidup di dunianya. kerna aku yakin di suatu hari pasti semuanya akan terjawab di hadapan Allah kelak. aku yakin dan pasti semuanya ada hikmahnya. bagi semua anak-anak muda yang sedang melalui zaman mudanya, terapkan lah dalam diri anda untuk melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh simpan juga di dalam hati tentang rasa tawakkal kepada Allah sepenuhnya. ok... let it flow according to the topic above..

sem 8 ni aku mula merasakan setiap masa adalah amat berharga dan aku nak gunakan masa yang ada ni dengan sebaik-baiknya. semester terakhir, bagi seorang graduan di uitm, dimana adalah menjadi kebiasaan bagi lepasan pelajar-pelajar degree untuk meninggalkan zaman belajarnya dan memasuki alam pekerjaan. mencari wang membalas jasa ibu dan bapa, menamatkan zaman bujang dan juga berbakti kepada masyarakat. maka oleh kerana itu, bagi aku, aku sudah tiada masa dan dalam diriku aku punya berbagai-bagai perancangan yang aku ingin lakukan termasukkanlah meninggalkan sesuatu kepada pelajar uitm sebagai bekalan dan amalan yang berterusan untuk aku memasuki alam akhirat. walaupun sebenarnya semua orang maklum bahawa final sem adalah masa yang paling sibuk dengan hal-hal akedemik semata-mata. tapi IA aku percaya pada Allah, dah aku nak buat macam-macam sem ini tanpa lupa pada tahap keemampuan aku. Allahdulillah.

untuk itu, pada awal semester baru-baru ini, alhamdulillah aku bersama-sama rakan-rakan uitm lain ada membuat satu program tkvi (tayangan klip video islam) di kolej meranti untuk menceritakan kisah dan keadaan yang berlaku di negara syria serta sedikit video tentang kepentingan tarbiyah. alhamdulillah berjalan dengan lancar.

semalam pula, alhamdulillah aku dgn rakan uitm serta seorang jiran aku sama-sama mendaki serta memanjat bukit tabur di Melawati yang pemandangannya subhanallah sangat-sangat cantik. berikut adalah gambar-gambarnya.







2 comments:

Gadis Kokot said...

salam, susah tak nak sampai ke gate bukit tabur tu..? and bahaya tak kalau perempuan nak naik before subuh?
ramai mcm broga x?

zulfadli said...

wsalam.. huhu.. senang je..ush.. naik lepas subuh, tak tau aaa.. elok lepas subuh.. rasa broga lagi ramai kut.. ada satu part agak payah sikit.. tapi kat bhg tu ada dua jalan.. susah dgn sng.. amik yg senang aa.. hehe