Tuesday, June 19, 2012

Minggu terakhir

18/6/12 - 11 mlm

Alhamdulillah, syukur,
Pejam celik - pejam celik cepat betul masa berlalu. Sekarang ni aku berada pada minggu terakhir semester 8. Banyak benda nak kena setlekan last minute ni terutama yg nk kene settlekan aku punya FYP (sempat pula tulis blog!!). nanti aku cerita mengenai FYP aku. huhu. Tadi baru shj aku buat final test subject special topic aku robotik, nak kata susah, tak susah, nak kata senang ada je lompong2. Bagi aku, aku dah all out. dan seperti biasa lepas habis test aku hanya berserah kat Allah, sbb dialah yang nak kasi markah kat aku. IA, aku doakan terbaik. untuk itu, aku tinggal lagi satu test, 1 thesis FYP, 1 presentation dan satu final paper. fuuhhhhuuh, tinggal sikit lagi.. kuat2x.. jangan lemah..

kalau ikut cerita aku yg sebelum ni, aku ada pasang impian semester ni nak buat macam2, tapi semua tu hanya perancangan aku, perancangan aku adalah lemah berbanding perancangan Allah. kalau nak cerita mengenai program2 yg aku buat sem ni tak lah banyak sangat tapi boleh laa cukup2 makan. nak cerita kat sini pon payah sbb benda tu kecik sgt. nanti kalau aku ade inspirasi nak kongsi aku cerita la yek.. hehe


sikit la, teringat aku dua hari lepas, hujung minggu, mcm biasa aa, aku confirm balik rumah. kat rumah mcm biasa gak mesti keluar kat mulut aku kerja banyak nak kene buat, haha, lucu pon ada, mak aku sampai naik pening dengan aku, asal balik je ade kerja, asal balik je ade kerja, pastu tak pernah nak siap2 plak tui.. huhu teruk betul aku. bila aku cerita kat mak dgn ayah aku pasal kerja2 aku last minute ni rasa mcm2 teresak2 je nak bernafas, mcm takut2 je boleh habis ke tak ni.. mcm2 la.. ayah aku pon tengok semacam je, last dia keluar cerita dia waktu masuk latihan askar dulu, mula semua askar2 ni kene kumpul satu tempat, lepas tui lama skit, komandan dia bagi arahan supaya askar2 semua mesti berlari ke satu pokok, dan pokok tu jauh sangat, apa yg menariknya lepas je askar2 tui sampai ke pokok tu terus fikir dalam otak ingat nak berehat dah, nak rilek2 dah.. ye la dah penat an, askar2 tui dah all out 100% dah tenaga, tiba sampai kat pokok tu ada pula sorang lagi komandan, dia pulak bagi arahan pergi ke satu tempat lagi yg jauh sekali dan komandan yg jaga pokok tadi kata ni last tempat, distinasi terakhir (komandon tu nak psycho je).. lari2 ke tempat yg lagi satu, masih ada komandan yg beri arahan supaya ke tempat lain, sampai benda ni berulang2 sampai la beberapa tempat. dan akhirnya kebanyakkan Askar tui dah tak larat dah nak tahan dan giveup. huhu panjang plak cerita nih. moralnya, kita dalam menempuh dugaan dunia ni kene banyar bersabar, tenang, istigfar IA Allah permudahkan dan jgn mudah giveup. teruskan sehingga berjaya. smile :)

No comments: