Wednesday, August 8, 2012

Result akhir dan 10 malam terakhir ramadhan

result sem lapan telah keluar.. carta keseluruhan telah di ketahui. Alhamdulillah summa alhamdulillah. syukur sangat2. aku dah menamatkan zaman degree mechanical aku di uitm, dan sekarang tunggu utk sambung belajar master @ berkerja + convo bulan 11 ni IA. Alhamdulillah selama 8 sem aku belajar di uitm aku kira banyak ilmu, pengalaman dan ragam rakan2 yang aku dapat +(plus) jumpa. rindu aku pada masa2 yang lalu. hehe. dan menambah kesyukuran aku juga, bila di akhir sem ni juga aku dikurniakan anugerah dekan menjadikan aku berjaya mendapat 2 kali dekan sepanjang pembelajarana aku di Uitm. sykur2.. sebenarnya result telah keluar lama, cuma aku je slow skit nak update blog ni, maklumla sekarang dalam bulan ramadhan +(plus) aku baru je habis belajar, banyak benda nak settle. sekarang aku dalam proses mencari kerja dan tengok2 ape universiti yang nak terima aku kalau aku nak sambung master. untuk kerja, aku tengok ramai dah member2 aku dapat kerja, ada yang dapat gaji permata pun (habis je last paper terus kerja), alhamdulillah, aku tumpang bersyukur untuk diorang. feedback dari orang lain kebanyakan mengatakan kerja ada IA.. jangan risau, sekarang rilek2 dulu, nanti dah kerja tak menang tangan plak.. :D

malam ni IA, telah masuk malam ke 20 ramadhan, dan hanya tinggal lagi 10 hari lagi. ini bermakna kini kita berada dalam fasa ketiga ramadhan mendapat pembebasan dari azab api neraka. 10 malam terakhir aku ajak semua orang2 islam tak kira kat mana medan korang berada supaya mengandakan amalan ibadah korang, yang dulu baca quran 1 juz sehari, kali ni kene double jadi 2 juz (IA boleh), yang dulu bagi derma seringgit sehari, kali ni bagi rm 2 plak, bak kata semua amalan digandakan. yang penting kene set dalam otak nak buat betul2 10 malam terakhir ni. yang berkesempatan pon boleh ke masjid2 untuk iktikaf di sana. lagi satu perkara yang perlu di ingatkan untuk aku dan rakan, aku tak pastilah sepanjang hidup aku dan pengalaman aku dalam bulan ramadhan ni dapat tak aku berjumpa malam laillatul qadar dan jika kita belum, ada something wrong dengan kita kata ustaz yang ceramah di surau rumah aku, dia ingatkan kat kita supaya berusaha bersunguh-sungguh untuk mendapatkan malam lail latul qadar, IA Allah akan kasi. sbb Allah mmg nak kasi kpd hambanya malam itu. dimana malam itu lebih baik dari seribu bulan, lebih kurang 83 tahun.. lama tu,, rugi kalau tak dapat.. wallahualam..

1 comment:

najwa said...

congrats!!! same la kite konvo on this coming nov=)