Wednesday, October 31, 2012

KERJA

Updated terkini. Kisah ni sebenarnya dah basi sikit tp takda masalah kalau aku nak kongsi. Ok. Start dari 10 September 2012 aku sebenarnya dah memulakan tugas sebagai Engineer Di YKGI Klang. Cerita skit, Sebelum dari tu. aku ucap Alhamdulillah. Lepas je habis ramadhan 1433H, aku ada ikuti satu program belajar software Catia Part Design free je, UiTM sponsor selama 2 minggu. Dlm 2 minggu tu, aku curi2 keluar pergi interview. Aku dapat call dalam 2 - 5 company untuk interview. Tapi aku hanya berkesempatan untuk pergi 2 interview je. Yang best yeh, interview aku yang pertamalah yang aku tengah kerje sekarang. Mula2 aku ingat tak dapat sbb memang dalam session tu aku kaw2 yeh kena basuh aku sabar je. rupa2nya dia nak test aku boleh tahan atau tak. So resultnya aku dapat. syukur sangat2. Lepas je habis kursus, aku terus masuk kerja. tak sempat nak lepak2 lagi.. hehe.. KERJA2X...

Setakat ni aku dah masuk bulan kedua dah. Buat yang sedang belajar, tips yang biasa orang dengar. hehe. Secara keseluruhan aku merumuskan bekerja dan belajar memang suatu bidang yang berbeza. Ia lebih kepada bagaimana kita mahu mengunakan Ilmu2 itu. So, apa yang kita belajar selama ni yang akan menentukan bagaimana kita bekerja nanti. ok. Aku kerje kat kilang. bahagian maintenance ( munkin sbb aku training dulu bhg maintenance). Untuk permulaan, aku di tugaskan untuk jaga bahagian utilities terutama kren. So, itu gambar aku membelakangkan kren yang paling tinggi kat kilang aku. lebih kurang 24 meter tinggi. amacam ade bran. hehe

No comments: