Wednesday, April 17, 2013

Pertolongan Allah

satu persatu masalah dihadapi. mula2 rasa macam tak mampu je aku nak lalui semuanya. tapi kini aku rasa lain macam je. Allah bg kesenangan dalam hati aku. rasa tenang. rasa gundah gulana tiada lagi. Alhamdulillah. sungguh power kuasa doa. tak terkata.

ok. tangan mula terketar2 nak tulis apa yang dah berlaku selama 4 minggu nih. hehe.. tapi sebelum aku start. aku ade rasa dalam hati ni. lah, apa lah sangat dugaan yang aku hadapi ni.. takda apa pon. sungguh orang2 telah mendahului aku lebih tinggi dugaannya.. peliks je aku.. dan teringat aku firman Allah surah Al-Baqarah tentang dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya adalah berdasarkan kemampuannya.. dan firman ini yang membuatkan aku sentiasa tersenyum walaupun dalam situasi getir.. hoho so begini..
this my plant from it center postion


aku ingin menulis mengenai tugas aku di YKGI dan aku taknak campur adukkan dengan urusan peribadi. yela kang aku cita kat sini kantoi plak.. huhu.. selama 4 minggu ni, hati aku senaya melayang2 ke langit. kadang2 memikirkan nasib aku dimasa hadapan. apa yang aku inginkan. ditambah plak dengan kerja2 maintenance di YKGI tiba2 berderet2 satu persatu datang macam ombak yang tidak berhenti2.

bermula dengan Cooling tower dekat line CGL ade problem. pulley ade kesan hakiran serta kesan yang menunjukkan tak tahan lama. kat CGL aku ade 3 cooling tower lebih kurang 2m x 4 meter satu unit. tetapi nak dijadikan cerita, dua biji motor kong dengan mengejut. perg. pening aku nak jawab dengan bos. last2 kena la mintak bantuan dari budak lain untuk bantu budak aku. ~ owh lupa. budak2 aku ada dua orang je. sorang supervisor dan sorang lagi technician. Dua orang ni la yang banyak tolong aku dalam menyiapkan kerja2 maintenance termasuk electrical and mechanical punya kerja. :).. Aku mintak bantuan budak2 electrical tuk buka 2 biji motor cooling tower aku tu yang berkapasiti 18.5kW. agak besar gak leh motor yeh dengan ruang yang sempit memang payah. Dah la line tengah jalan. habis panas. tapi selamat kolam takungan kat cooling tower tu besar. jadi, nilai suhu yang keluar masuk kedalam line tak le tinggi sangat. Jadi, lepas je hantar motor pergi repair ataupun rewinding, aku mintak balik diorang untuk pasang motor2 tu dengan pulley2 yang baru aku order. Alhamdulilah size, dimension dan material semua cantik.


 then, masalah seterusnya, boleh dikatakan berat gak lerh. 4 biji compressor dekat dua line berbeza pon buat hal. takleh jalan. emergency stop. mula2 satu biji rosak. pastu hari berikutnya 2 biji rosak. pastu minggu seterusnya plak lagi satu biji.. memang KAW2 la aku rasa.. down habis aku time tu.. tapi aku buat rilek je.. ye laa. otak melayang2.. huh.. 2 daripadanya adalah berpunca daripada inverter problem dan 2 lagi plak disebabkan masalah motor. So, lepas panggil suplier compressor datang suruh dia repair. yang motor punya dia boleh repair. tapi yang inverter perlu order dari singapore. perh.. memang jauh lee. nak tunggu masa lagi. memang penat. so ade dua biji compressor takleh jalan lagi. yang motor tu, lepas je diorang (suplier) repair, terus hantar dan pasang. compressor yg minggu berikutnya rosak tu sebenarnya panjang lagi ceritanya. kejap amik kat line lain, kejap hantar balik, kejap run pastu leaking, pastu repair pastu ade leaking lagi. run lagi br ok.. huhu.. pening kang aku cerita. so conclusion tuk compressor dapat dibereskan.. Alhamdulillah.. semua dengan pertolongan dari Allah.

lepas tu, ade lagi satu masalah. crane.. waa ni memang letih kalau cerita. memang kena fire la aku kalau bos aku tau aku cerita kat sini.. huhu.. tapi aku cerita kat sini pon sbb nak bagi pengajaran n ilmu pada yang baca la..n kpd JKKP ke Niosh ke, sorry yek aku tak fully cerita kat korang time wat lawatan tadi. yela, yang penting semua ok.. n lagi pon aku dapat info yang korang dah tau. so tak perlu la aku buka cerita dua kali kat korang tadi.. ok. crane aku wirerope putus. ye putus. terkejut beruk aku time dengar berita tu.betul ke? cam tak caya je.. tak pernah lagi jadi dalam sejarah aku. wirerope putus. waarh.. ini sudah pening tahap dewa dah ni.. my concern is ada orang cedera tak. ade equipment rosak ke? dia angkat brp load time tu? wah pening aku nak jawab dgn bos. dah la bos besar aku tak datang hari tu. lagi jadi pening aku. hari berikutnya aku cerita kat dia habis dia wat meeting tergempar.. huhu, kena basuh lagi.. huhu.. pity me.. ok, then check2, rupa2 yeh diorang angkat coil lebih dari muatan yang dibenarkan. n sebelum ni sbnrnya ade tanda2 kerosakkan pada wirerope, cuma aku amik disgranted je. tu yang teruk tu.. selamat tak kena orang n equipment. yang kena bengkok skit coil aje.. tu pon rugi dekat ribu2.. ish2.. lagi satu, nak salahkan budak operator yang angkat coil lebih 10T pon tak leh. sbb overload device takde. penimbang pon mana ade. so diorang angkat je la. tetiba putus.. nak wat camne benda dah jadi.. sabar je la.. then aku panggil suplier, buat servicing and tukar wirerope imidiately hari sabtu tu... selamat diorang cepat. kalau tak mati aku..
baik yeh aku susun.. 3 serentak OooOOoOOoo

ok. tak habis dengan masalah crane 10T tu, datang lagi satu masalah dari crane gak, crane 30T. wheel pecah.. wahh.. memang perit la kalau wheel pecah. koyak la budak maintenance yeh seluar.. berat uh, pening kepala kalau wheel pecah.. hari tu diorang tukar wheel amik dekat 10 jam gak ler tuk tukar wheel, walaupun dah prepare awal stanby wheel. lepas je tukar. minggu seterusnya, main teruk. 3 gearbox dari crane 30T ni kong. gear dah makan. so, kalau dia jalan gak crane tu hanya jalan 1 motor je. sbb tu dia punya alignment lari.. so kitorang try to match the gearbox set to have 1 new set of gearbox. should be, this method should not been caried out but due to urgency and emergency. last2 dapat 1 set. so sekarang ni crane 30T ni masih berjalan. tapi hanya menggunakan 2 gearbox yang seharusnya pakai 4 biji gearbox. sampai sekarang, aku hanya kena cari spare part je.. pening2.. nak cari sparepart pon amik paling kurang 2 minggu.. ohooo.. pening2...

ni gambar wirerope twist. aku tak letak gambar wirerope putus.. :)
ni wheel crane alignment lari.. huuu,, kejar balik..

tapi yang best yeh, minggu ni aku rasa tenteram je.. entah le.. munkin sbb aku terbaca satu ayat quran yang mengatakan tentang balasan syurga bagi orang yang beriman dan bersabar.. munkin juga. tapi yang paling tepat adalah Allah yang bagi ketenteraman kat aku. Alhamdulillah. So akhir kalam.. senyum sokmo deh.. huhu

No comments: