Saturday, August 17, 2013

RoadTax Mati

Road tax mati. Alhamdulillah. kata abah "Allah tolong." semalam lepas je jamuan makan malam raya dekat Gas Malaysia Berhad, terus shoot balik gombak. jalan yang diikiuti faderal highway. Masa tu malam, so, aku tak buang masa nak ikut jalan motor, aku straight je masuk jalan kereta. kalau ikut law, motor takleh masuk jalan kereta sbb motor dah ada khas jalan dia. tapi aku bila malam menjelma ni, rasa tak best la plak ikut jalan motor. bahaya sikit. gelap, jalan turun naik, kadang2 jalan licin dan lebih teruk skali kene bawa slow la.. huhu.. so aku pon ikut jalan kereta.

jalan punya jalan, sampai kat tol batu tiga, pergh nampak lain macam je, macam ada polis buat roadblock je, time tu tak perasan lagi, so ikut instict aku aku pon masuk balik jalan motor, then nampak ada orang duk standby kat pokok kat situ, sudah, ada roadblock la ni.. cuak plak time tu..

then jalan lagi, pergh, bukan polis tapi JPJ le.. alamak JPJ buat roadblock.. habis la aku kena saman, confirm la.. sbb aku teringat yg roadtax aku dah mati dekat 2 minggu dah..tak sempat nak renew dan tampal je.. tapi selamat sblm tu aku dah bg tau mak ayah aku, kata roadtax dah mati, mintak mak dah abah tolong buat kan. masa tu tak pasti dah renew ke belum. huuuu..

then, bila kene tahan je, abg JPJ tu pon tanya bawa keluar lesen dengan roadtax, aku pon dengan yakin yeh bawak keluar.. heheh pastu aku pon tunjuk je kat JPJ tu, dengan yakin.. huhu.. mula2, dia cakap okeh lepas, then dia perasan plak 1 hari bulan 8, dah tamat!!!.. haa.. habis aku.. huhu

then aku cakap dah buat.. confident je.. aku kata dah buat cuma tak tampal lagi.. ada kat rumah.. dalam hati rasa n harap2 mak n abah aku dah buat.. then dia ckp dia boleh check.. dia check2x mmg dah buat.. tarikhnya hari tu, pagi tu abah aku buat kat pejabat pos.. fuuuh lega aku.. dia suruh aku balik pastu lekatkan roadtax tu.. huhu... lepass. Alhamdulillah

No comments: