Monday, January 27, 2014

Antara percaya dan tidak - Kahwin

21 Disember 2013

Tarikh yang telah Allah tetapkan untukku untuk memikul satu lagi tanggungjawab yang besar. Tanggungjawab yang mana Allah akan tanyakan padaku apakah yang aku perbuatkan untuk Dia. Apakah yang telah aku berikan, ajarkan, tunjukkan atau contohkan supaya ia tetap di jalan yang benar.Alhamdulillah dengan sekali lafas. Dia telah Allah pinjamkan untuk aku. segala dosanya yang dulu Ayahnya tanggung kini atas tangungganku.






Barang kali kita mudah sekali teruja bila memikirkan bahawa kita memilikinya. Bagaikan hidup di dunia ini itulah syurga. sedangkan pasti, semuanya aku akan ditanya oleh Allah yang maha adil. Bersediakah aku?

Ya Allah Ya Tuhan Kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan ketrunan kami, sebagai penyejuk hati kami, dan jadikanlah kami iman, bagi orang-orang yang bertakwa.

1 comment:

khairiyah said...

:) :) :)