Saturday, May 2, 2015

2 Hari penuh mendebarkan - 15 September 2014

Tiba-tiba, masa-masa macam ni teringat dulu-dulu kesusahan Mama nak mengandungkan Ulya.

14/9/2014
Ingat lagi time tu, mama dengan abah pergi kerja. Kerja macam biasa. waktu tu hari ahad, Terengganu hari ahad hari pertama minggu. Jadi, bangun pagi then pergi kerja. Naik kereta asing. sebab abah mula kerja lambat. mama keluar awal macam biasa pukul 7.30pagi.

Ikut perhitungan tarikh, Ulya akan lahir 2/10/2014. Jadi, abah plan dgn mama, munkin seminggu sebelum due date nak balik KL. Nak bersalin kat KL. Nak bg Ulya jadi orang KL la katakan. hehe

Abah sebenarnya baru mula kerja, lebih kurang sebulan, jadi abah tak banyak kerja sangat, ada la sikit-sikit kena ke hulu, kena ke hilir jumpa orang. Tapi hari tu, abah duduk pejabat je sebab kerja tak banyak.

11pagi
Lebih kurang pukul 11 pagi, mama message abah, cakap ada tanda macam nak bersalin. Dalam hati abah, betul ke? macam tak percaya, awal lagi. Tengahhari tu, abah dengan mama pergi makan sekali kemudian pergi klinik. Kalau boleh abah nak cari Dr perempuan utk tengok keaddan mama. Pusing-punya pusing jumpa klinik dekat Paka tu. Dr dia perempuan, tapi bukan Dr Pakar Bersalin.

Bila jumpa Dr tu, Dr tu tak berani nak check mama sama ada boleh bersalin atau belum. Dia syorkan untuk pergi hospital yang berdekatan. ikutkan Hospital Dungun tu la yg paling dekat.

Macam yang abah bagi tau tadi, ikut perkiraan 2/10/14 baru "due date" untuk mama bersalin. ikut kebiasaan, samaada seminggu awal atau seminggu lewat. Dr tu pun ada cakap, selalunya bersalinkan anak pertama lambat sikit dari tarikh.

Kemudian abah dengan mama pun berbincang, sama ada nak pergi Hospital Dungun atau tak. Abah dengan mama buat keputusan untuk ambil cuti dan terus balik ke Kuala Lumpur. Dalam hati abah munkin tu cuma tanda je kut, so tak perlu risau, lagi pon awal lagi dari tarikh due date.

5.00 Petang
Lepas abah habis kerja, abah terus balik rumah, kemudian siap-siap kemas baju, barang-barang Ulya, barang-barang mama lepas tu baru bertolak. Lebih kurang pukul 6.30 camtu. Straight terus ke KL.

9.00 malam
Mula-mula singgah rumah Tok Umi dengan Tok Abi, berehat sekejap. Berehat sekejap, sembang dengan Tok Umi dengan Tok Abi. Marah Tok Umi kat abah sbb tak pergi hospital dekat dungun. Tok umi risau kalau jadi apa dekat mama dalam perjalanan ke KL. mana tau jem. karang bersalin dalam kereta pula mama. hehe

Mama dengan abah ke rumah wan dengan atok pula. Lebih kurang sejam juga perjalanan. Sampai je rumah atok, abah dengan mama terus berehat dan tidur. Sebab esoknya nak pergi Hospital Pakar An-Nur Bangi.

Memang dah menjadi rutin Mama dengan abah pergi ke klinik An-Nur sejak tau kewujudan Ulya dalam perut Mama. buat check up, buat scan dan lain-lain.

8.00 pagi
Pagi tu mama dengan abah pergi Hospital An-Nur, Tunggu lebih kurang pukul 11 baru dapat jumpa Dr. Khamsiah, Munkin sebab ramai waktu tu kut.. Waktu sedang menunggu tu, mama takda rasa sakit pun. Biasa-biase je. Bila jumpa Dr. Dr periksa mama dan kira tarikh "due date" semua lepas tu cakap kat abah dan mamam "Mama bila-bila je boleh bersalin.

Abah dengan mama terkejut. hah!. betul ke!. macam mudah je. Betul ke ni? macam-macam pertanyaan keluar. Dalam fikiran abah ingat paling awal pun esok lusa. tup tup Dr tu ckp dah boleh bersalin dah. Terus dia suruh nurse dia untuk booking bilik wad.

12.00 tengahhari
Waktu tu jam lebih kurang pukul 12 tengahhari. mama bagi cadangan utk balik rumah atok dgn wan kejap. ambil barang-barang mama dengan Ulya. dan makan skit. (sebab wan dah masak :D)

1.00 petang
Sampai rumah wan dengan Atok, Mama masih kuat dan bertenaga. sempat lagi mama berjogging dalam rumah Wan dengan Atok. Mama baca yang kalau sebelum bersalin elok banyakkan berjalan. memang penat sikit, tapi bila bersalin akan jadi mudah.

3.00 petang
Sampai di Hospital An-nur. Daftar dekat kaunter kemudian dia bagi bilik menungggu untuk bersalin. Sepatutnya boleh tunggu dalam bilik, tapi bilik dah penuh). Jadi, terpaksalah mama duduk dalam bilik menunggu. ruang dia kecil berbanding bilik tidur.

3.30 petang
Mama mula baring atas katil. Mula rasa "contraction". Mula-mula tiap 30 minit. Tapi, makin lama makin cepat "contraction". Tanda masa bersalin makin dekat.

6.00 petang
Contraction makin kerap berlaku. sekejap-sekejap je mama sakit. kemudian normal balik. kemudian sakit balik. Kesian abah tengok muka mama. sakit sangat bila "contraction" datang. Tapi mama kuat. Mama tahan juga walau sakit.

7.30 mlm
Mama kena bawa masuk bilik bersalin. Waktu tu nurse yang jaga tu, suruh Abah sentiasa ada dekat sebelah mama. Bagi kata-kata semangat. Sambil-sambil tu, dia ajar Mama cara bernafas supaya mudah bersalin. Mama sakit semakin kuat. Mama tahan juga. Mula-mula mama pegang tangan abah. pegang kuat sangat. lepas tu baru mama pegang besi katil. sebab takut tangan abah patah. hehe

Tak lama lepas tu Dr khamsiah datang. Dr bagi kata-kata semangat kat mama. Tak lama lepas tu, nampak kepala Ulya dah. nak keluar dah. sikit lagi. sikit lagi. teran lagi, teran lagi. sambil Mama bernafas untuk kuatkan tolakan.

8.17 malam.
Dengan teranan terakhir. Ulya pon dilahirkan. dengar suara Ulya Zulaikha yang indah itu keluar dari mulut Ulya. Dr sambut ulya, kemudian terus bagi kat mama untuk peluk dan tgk ulya. Mama masih sedar lagi waktu tu. terukir senyuman pada wajah mama melihat Ulya lahir. Sangat comel!!!.

Kemudian, nurse mandikan ulya, balut ulya dan bagi pada abah. Abah azankan kat telinga Ulya kemudian tahnikkan Ulya dengan buah kurma dan air zam-zam.


2 hari yang amat mendebarkan. Berlaku sepantas kilat. pahit getir dilalui bersama. Utk anak ku Ulya Zulaikha.


Syukur Pada Mu Ya Allah. Mengurniakan aku menyejuk mata hati. Alhamdulillah.

3 comments:

karimun jawa said...

Mengurniakan aku menyejuk mata hati. Alhamdulillah

www.abahjagat.com said...

www.abahjagat.com untuk Kejayaan Agama dan Negara

Lock Smith said...

Easily, the article is actually the best topic on this registry related issue. I fit in with your conclusions and will eagerly look forward to your next updates. Just saying thanks will not just be sufficient, for the fantasti c lucidity in your writing. I will instantly grab your rss feed to stay informed of any updates. Core Spun Yarn