Sunday, December 18, 2016

Dugaan (exident) dan Nikmat (Amanina)

Assalamualaikum,

Campuran dugaan dan nikmat dalam satu hari. 

Kerja
Offshore work bukan lah mudah, kita terpaksa tinggalkan keluarga yang tersayang duduk dan tinggal bersama-sama kawan-kawan di lautan. Hanya internet 2mb yang perlu dikongsi hampir 300 orang crew diatas kapal serta talian talefon dengan kad yang dibeli hanya cukup untuk 1 jam bercakap bergilir-gilir. Kelebihan teknologi kini, memudahkan perhubungan mengunakan app facebook utk call. Tapi hanya boleh call sewaktu orang ramai sudah tidur. Sbbnya line internet 2mb manalah cukup untuk 300 orang nak pakai serentak. Bagus juga, kurang manpower untuk selalu main talefon. Dioffshore, Kerja hari2 tiada cuti, walaupun hari minggu dan cuti umum. Sewaktu saya naik haritu bulan ramadhan 1437H. Seminggu lagi nak raya. Sedih la juga dihati. Sejujurnya, bila mengenang duit yang masuk dan allowance yang masuk menyebabkan semua tu hilang. Alhamdulillah.






Sebelum aku naik, banyak kali aku beri tahu kat bos aku, bahawa isteri aku sedang mengandung, dan akan melahir anak dalam sebulan dua ini. Aku mohon pada bos2 aku supaya bagi aku balik pada 21/7/16. Aku merasakan kewajipan aku untuk bersama-sama isteri didalam bilik bersalin dan menyambut bayi yang ingin dilahirkan.Alhamdulillah bos2 aku memahami. 



Keterujaan
Dikurniakan anak no 2 adalah nikmat Allah yang Maha Pemurah. Walaupun sudah memiliki seorang, tidak membuatkan keterujaan memiliki yang kedua hilang. Terima kasih atas nikmat yang ini. Bila aku balik daripada offshore, aku ambil peluang untuk ambil cuti sehari dua selesaikan tugas2 aku sebagai seorang suami dan anak. waktu ini, isteri aku serta anak no 1 aku, Ulya Zulaikha sudah ada di Bandar Seri Putra (BSP) di rumah ayah mertuaku. Memang dalam perancangan kami berdua untuk melahirkan anak yang kedua ni di Selangor. Selain dekat dengan mak ayah serta keluarga lahir di negeri Selangor mempunyai beberapa keistimewaan seperti TAWAS yang diberikan oleh kerajaan Selangor dan lain-lain keistimewaan.

Anak pertama aku, Ulya Zulaikha dilahirkan 2 minggu awal daripada tarikh "due date", Selalunya anak kedua lebih mudah berbanding anak pertama, oleh itu anak kedua aku kemunkinan akan lahir lebih awal atau lebih kurang tempoh anak pertama. Ikutkan due date anak yang kedua ni 5 Ogos 2016. tapi aku perlu "standby 2 minggu awal lebih kurang 21 Julai 2016 untuk persediaan lebih awal seperti yang aku cerita diawal tadi.

Selepas tiga hari bercuti dan duduk dirumah bersama-sama isteri, anak serta keluarga mertua. Tanda-tanda yang isteriku akan bersalin tidak lagi kelihatan. Atas perbincangan bersama aku terpaksa pulang semula ke Terengganu untuk sambung bekerja di pejabat pula. aku tinggalkan anak serta isteri aku di rumah ayah mertua untuk menunggu tanda-tanda bersalin disitu. 

Menjadi kebiasaan hidup suami isteri untuk sentiasa berhubung antara satu sama lain. Pada tanggal 2 September 2016, selepas pulang dari kerja aku talefon isteri aku dan gayut sejam bertanya khabar tentang anak dan lain-lain yg berkaitan. Sempat isteriku bercerita tentang dia ada rasa sakit, tapi tak tahu sakit tu ke atau sakit lain yang selama ini dirasainya. Anak pertama dahulu, Ulya Zulaikha isteri aku rasa sakit sekejap sahaja, pagi tu sakit, petang tu dah boleh bersalin, oleh sebab tu dia tidak berapa pasti adakah sakit itu adalah sakit nak bersalin atau bukan

 Aku mengatakan keinginan aku untuk pulang ke Selangor malam itu. Tapi isteriku berkeras mengatakan supaya jangan lagi, aku tahu isteri aku taknak menyusahkan aku jika aku balik tapi dia tak bersalin lagi. Aku terpaksa mengambil cuti dan lain-lain. Aku pon fikir juga, naik kereta sorang-sorang dimalam hari agak merisaukan. Oleh itu, aku tangguhkan perjalanan aku. Isteri aku masih tidak menunjukan tanda-tanda turun darah atau seumpanya. Selain sakit yang sekejap-sekejap.

Gambar sehari sblm kejadian.

Hari Kejadian


Keesokkan paginya, aku bangun agak lewat, kecewa juga didalam hati tidak dapat menunaikan tanggunjawab sebagai hambanya yang baik. Selalu sahaja tergelincir dengan kesalahan-kesalahan.

Tepat jam 7.10 pagi, telefonku berdering, keluar nama isteriku sebagai pemanggil. dan sempat juga aku baca whatsapp dari isteriku meminta aku untuk pulang sekarang ke Kuala Lumpur. Beliau merasa ingin bersalin.

Selepas memaklumkan kepada bos aku, Bos Azizi (yg ambil aku kerja) terus aku bersiap untuk ke KL. Menaiki kereta proton saga manual putih dibeli pada tahun 2013. 2 minggu sebelum aku berkahwin dengan isteri aku, Khairiyah. Sebelum tu aku hanya menaiki motor ulang-alik dari Shah Alam Ke Gombak. aku bertolak lebih kurang pukul 7.30 pagi.

Keterujaan didalam kereta tidak dapat aku ungkapkan. tetapi dalam perjalanan sentiasa aku berkomunikasi dengan isteri aku. bertanya keaadaan dan mengingatkan supaya sentiasa mengingati Allah. berzikir sebanyak-banyaknya. Aku pon tak ketinggalan berzikir di sepanjang perjalanan itu. 

Aku juga memaklumkan pada sahabat handai yang lain di terengganu bhw aku dalam perjalanan ke KL ingin menyambut kelahiran anakku. Ramai yang menginggatkan aku supaya berhati2. jangan bawak laju dan macam2 nasihat. Takdir tuhan telah menetapkan sesuatu. Jika telah tersurat begitu aku terima seadanya. 

Setibanya di Genting Sempah selepas melalui satu2nya terowong di LPT hujan renyai2 turun. Waktu tu lebih kurang pukul 10.00 pagi. Mulut aku masih tak berhenti berzikir. Fikiran aku masih kepada isteri aku. memikirkan sakit yang sedang ditanggungnya serta keperluan aku berada disebelahnya. Kaki aku terus menekan pedal minyak tanpa ada rasa perlu diperlahankan sedikit kerana hujan dan jalan pon licin. Selapas lebih kurang 5 - 10 minit melepasi kawasan terowong. Aku terus membawa kereta seperti biasa. Keadaan jalan disitu masih curam dan licin, Dihadapan aku, ada satu selekoh yang panjang. aku cuba untuk menekan brek sedikit. Tapi tayar aku yang baru aku tukar lebih kurang sebulan lepas tidak dapat menahan geseran jalan dan menyebabkan kereta aku berpusing 360 darjah. dari lorong kanan sekali memasuki lorong kiri sekali tetapi masih didalam jalan. Dalam hati aku, Ya Allah selamatkan lah aku. Alhamdulillah tiada perlanggaran dengan apa2 objek langsung. Aku melihat ke cermin belakang kereta ada 2 buat kereta dan sebuah lorry 10 tan. fuuh... nafas lega aku. Allah selamatkan aku. 

Keterujaan aku masih belum hilang. walaupun sebenarnya aku nyaris2 terbabas dan eksiden. Lepas beberapa ketika aku terus memandu seperti biasa, dari lorong kiri aku kekanan semula. aku masih berharap supaya aku berada disisi isteriku semasa beliau ingin bersalin. 

Tidak sampai 10 minit selepas itu, satu selekoh yang tak berapa tajam, tapi dalam keaadan menuruni bukit aku cuba untuk menekan brek. Tiba. berpusing lagi sekali keretaku 180 darjah dah terus tepat mengenai sebuah kereta honda yang parking di tepi highway. Bahagian belakang kereta aku terus kemek keadaan seperti kereta hatchback tiada bahagian belakang. Aku terus meraba-raba bagian badan aku, ternyata tiada kecederaan, aku kumpulkan barang-barang berharga dah terus keluar daripada kereta. Aku tercari-cari bagaimana keadaan pemandu yang aku langgar tadi. beliau cedera atau bagaimana, Terus seorang lelaki umur dalam 30an meluru kepada aku bertanyakan keeadaan aku dan bagaimana aku memandu. Aku jawab aku terbabas, tayar licin, rupanya dia tuan kereta tersebut, dia sedang bekerja ditepi jalan membaiki bahagian tepi highway. Alhamdulillah dia selamat dan aku pon selamat. 


selekoh panjang dan menuruni bukit

keaadaan kerete dr sebelah kanan
keaadaan kereta dr sebalah kiri

kereta honda yang dilanggar - total lost
kereta honda yang dilanggar - dr sedan ke hatchback

Aku terus menalefon mak dan memberi tahu keadaan yng terjadi. Mak aku suruh bersabar dan beliau akan membantu, Tak lama kemudian ayah mertuaku menalefon mengatakan bahawa isteriku sudah selamat melahirkan seorang puteri. Cantik. Dalam keeadaan sedih juga, aku gembira, kerana semua selamat. Isteriku berjaya mengharungi detik2 cemas.

Maafkan ku sayang sbb tak dapat bersama waktu-waktu kecemasan
Selepas semua selesai (ke balai polis, bengkel), Terima kasih pada kakak, mak dan abah aku yang tolong settlekan semuanya. Aku mengajak mak dan ayah aku untuk ke hospital Annur untuk melawat isteriku dan juga anak-anak ku.


Amanina Binti Muhammad Zulfadli



Friday, April 15, 2016

PASANG LANGSIR - TERENGGANU

2 minggu lepas, selepas tuan rumah bagi kunci rumah, sekarang tiba masa untuk saya pasasng dan masukkan barang-barang keperluan kedalam rumah.

ok, untuk kali ni, saya nak kongsi tentang bagaimana saya pasang langsir sendiri bersama dengan anak pertama saya - ulya zulaikha. time ni ibu dia outstation, so sorang-sorang la ni. hehe. takda masalah insyaAllah. 

1. Ambil Ukuran Langsir

ambil ukuran dulu

ukuran tempat lain

ukuran tingkap lain lagi. hehe
ok. mula skali. sblm pasang lansir dan beli langsir, kita mestilah ambil ukuran tingkap rumah. seeloknya ambil ukuran dalam inch ataupun kaki.

alat-alat yg diperlukan.
1. Pengukur
2. Kertas
3. Pen

ukuran yang perlu ambil ialah panjang dan lebar langsir. lebarnya dinasihatkan untuk lebihkan dalam 2 inch bhg kiri dan kanan. kemudian untuk ketinggian ataupun panjang bergantung kepada selera masing-masing. samaada tutup tingkap shj atau sampai ke lantai. 

2. Beli Rail langsir dan Langsir

Bahan-bahan yang diperlukan
1. batang langsir
2. Roller langsir
3. End cap rail/batang langsir
4. Pemegang langsir
5. Pencakuk langsir
6. Screw dan wall plug

Saya beli rail langsir di kedai hardware, saya survey beberapa kedai dan dapati beza harga dalam 10 ke 30 sen. So ambillah yg paling murah dan dekat dengan rumah. kelebihannya kalau silap kira atau tak cukup senang pergi balik ke kedai untuk tambah. hehe

Kos yang saya pakai untuk satu rumah saya berdasarkan size langsir yang nak pakai tu ( 5 tingkap 3 daun dan 1 sliding door) lebih kurang RM100. 

3. Pasang Rail Langsir

kawan aku. buat sorang je tebuk lubang
susun dulu rail yg telah dipotong ikut size

haa.. siap doh tu

kawan aku sedang beraksi
alat-alat yg diperlukan
1. Gerudi dinding
2. Tangga
3. Pengukur
4. wire extensioin

Nak pasang rail langsir ni perlukan kepakaran menebuk lubang untuk pasang screw. oleh sbb saya takda kepakaran dan takda drill untuk menebuk lubang, maka saya meminta bantuan kawan saya untuk pasangkan. 

tengok cara dia pasang senang je. hehe. cara saya tengok dia buat kerja memang pakar le, dia tebuk sorang2 je, ukur pon sorang je, saya mula2 tu tolong pasangkan bahan-bahan rail sahaja, lepas tu duk berkejar-kejar dengan ulya zulaikha. huhu

4. Beli Langsir
aku beli 2 corak. coklat tu kat bhg luar. kuning tu kat bilik

Untuk beli langsir, saya pergi survey 3 tempat di Kemaman, Mesra Mall dengan Kamdar Dungun, di Kemaman dan mesra mall langsir yang ada takda size yang saya nak dan design nya pon tak banyak. Tapi bila ke Kamdar WOW, memang berbeza. besar, banyak pilihan can cepat. 

Saya pergi pukul 1. pukul 1.45 camtu dah siap membeli. munkin sbb servisnya gempaq and power tu yang cepat tu. hehe

Saya tak pandai sangat nak kita jumlah langsir tu. so saya cuma bagi size ukurang yang saya ambil dan bagi tau design mana yang saya berkenan kemudian dia akan carikan dan bagi tau ada atau tak. 

Kos yang saya guna lebih kurang RM 600 ringgit ( 5 tingkap 3 daun dan 1 sliding door)

5. Pasang Langsir



ni dia pencakuk dan ukuran

tu dia ulya pasnag langsir

ok siap dah.

Waktu ni waktu malam, saya dengan anak perempuan saya pasang langsir. Selamat mood dia malam tu baik, takdalah mengamuk2. saya belikan roti dengan air untuk dia je. hehe.

Buka langsir yang dibeli tu, pasangkan pencakuk langsir pada langsir, cara pengiraan pencakuk sama dengan kira roller rail. lebih kurang setiap 3 inch 1 pencakuk. so kalau 30 inch. lebih kurang 10 roller and 10 pencakuk. Elok kalau lebihkan roller dlm 5 roller. Mana tau emergency leh pakai.

Nak cepat lagi, pasang dulu pencakuk semua langsir kemudian baru sangkutkan langsir pada railnya.

6. Siap
Yup, dah siap. boleh la korang menikmati pemandangan langsir korang. hehe

siap 1

siap 2



siap 4 dah

siap kat sliding door.

Sunday, January 31, 2016

AZAM TAHUN 2016

Dulu-dulu, kalau awal tahun kadang2 saya berazam. Azam yang bermacam-macam. Selalunya benda yang baik. n selalunya azam saya biasa2 aje. nak capai yg terbaik mmg pasti. mulanya bagi saya azam ni tak memberikan kesan banyak kepada saya sampai lah azam saya betul2 tercapai. nanti saya ceritakan. 

selama 8 sem saya belajar di uitm, selalu juga saya berazam untuk belajar bersungguh2. n target untuk dpt 4.00. Tapi bila dekat2 akhir hujung sem rasa hilang skit semangat n lupa2 skit mood azam awal sem so bila keluar result biasa2 aja. hehe.

antara azam/target saya adalah saya nak kahwin bila start kerja. gaji yang dapat tu nak simpan untuk kahwin n kahwin. alhamdulilah tercapai. 

azam sblm ni dari waktu belajar sehingga tahun lepas 2015:

1. Belajar bersungguh2 dan score 4.00
2. Cari pasangan dan kahwin secepat munkin sewaktu mula2 bekerja (berjaya, Alhamdulillah)
3. Simpan duit untuk pergi Haji
4. Nak ajar anak hafal Al-Quran dari kecil lg

Setakat ni no 2 dah berjaya. syukur dengan pemberian Allah. Memang sewaktu saya belajar takda keinginan untuk mencari calon pon. walaupun ikutkan saya pernah ditawarkan lebih dr 2 orang untuk berkenalan dengan saya. Saya yakin dengan rancangan saya dan apa yang Allah tetapkan. Maka cinta cintun tidak menyusahkan saya. Saya ada berkenalan dengan ramai orang kawan2 uitm yang mana mereka bercinta/bercouple tetapi akhirnya berpisah dan tidak berkahwin. Munkin itu yg menyebabkan saya tidak mahu bercinta (malah saya diajar bahawa couple itu haram).

utk no 1, saya tak berjaya, ada hikmahnya yang tidak saya ketahui. :D

No 3, sewaktu saya belajar saya berjaya menyimpan duit. yg mana saya diajar oleh ibubapa saya bahawa penting untuk menyimpan wang. dan saya berjaya untuk menyimpan, cuma selepas kahwin duit tu digunakan untuk membayar denda kpd syarikat lama saya selepas saya berpindah dr company lama ke company baru dengan mengejut dan juga guna utk perbelajaan baru. :D. insyaAllah saya akan cuba lagi untuk mencapai target saya.

Azam 2016.
1. Simpan Duit untuk pergi haji
2. Nak ajar anak hafal Al-Quran dari kecil
3. Menubuhkan sebuah company dan saya pengurusnya. (InsyaAllah)

Semoga saya berjaya mencapai seperti yang di rancang amin. InsyaAllah

azam ini saya tuliskan, supaya saya ada target. instaAllah