Sunday, January 31, 2016

AZAM TAHUN 2016

Dulu-dulu, kalau awal tahun kadang2 saya berazam. Azam yang bermacam-macam. Selalunya benda yang baik. n selalunya azam saya biasa2 aje. nak capai yg terbaik mmg pasti. mulanya bagi saya azam ni tak memberikan kesan banyak kepada saya sampai lah azam saya betul2 tercapai. nanti saya ceritakan. 

selama 8 sem saya belajar di uitm, selalu juga saya berazam untuk belajar bersungguh2. n target untuk dpt 4.00. Tapi bila dekat2 akhir hujung sem rasa hilang skit semangat n lupa2 skit mood azam awal sem so bila keluar result biasa2 aja. hehe.

antara azam/target saya adalah saya nak kahwin bila start kerja. gaji yang dapat tu nak simpan untuk kahwin n kahwin. alhamdulilah tercapai. 

azam sblm ni dari waktu belajar sehingga tahun lepas 2015:

1. Belajar bersungguh2 dan score 4.00
2. Cari pasangan dan kahwin secepat munkin sewaktu mula2 bekerja (berjaya, Alhamdulillah)
3. Simpan duit untuk pergi Haji
4. Nak ajar anak hafal Al-Quran dari kecil lg

Setakat ni no 2 dah berjaya. syukur dengan pemberian Allah. Memang sewaktu saya belajar takda keinginan untuk mencari calon pon. walaupun ikutkan saya pernah ditawarkan lebih dr 2 orang untuk berkenalan dengan saya. Saya yakin dengan rancangan saya dan apa yang Allah tetapkan. Maka cinta cintun tidak menyusahkan saya. Saya ada berkenalan dengan ramai orang kawan2 uitm yang mana mereka bercinta/bercouple tetapi akhirnya berpisah dan tidak berkahwin. Munkin itu yg menyebabkan saya tidak mahu bercinta (malah saya diajar bahawa couple itu haram).

utk no 1, saya tak berjaya, ada hikmahnya yang tidak saya ketahui. :D

No 3, sewaktu saya belajar saya berjaya menyimpan duit. yg mana saya diajar oleh ibubapa saya bahawa penting untuk menyimpan wang. dan saya berjaya untuk menyimpan, cuma selepas kahwin duit tu digunakan untuk membayar denda kpd syarikat lama saya selepas saya berpindah dr company lama ke company baru dengan mengejut dan juga guna utk perbelajaan baru. :D. insyaAllah saya akan cuba lagi untuk mencapai target saya.

Azam 2016.
1. Simpan Duit untuk pergi haji
2. Nak ajar anak hafal Al-Quran dari kecil
3. Menubuhkan sebuah company dan saya pengurusnya. (InsyaAllah)

Semoga saya berjaya mencapai seperti yang di rancang amin. InsyaAllah

azam ini saya tuliskan, supaya saya ada target. instaAllah