Friday, April 15, 2016

PASANG LANGSIR - TERENGGANU

2 minggu lepas, selepas tuan rumah bagi kunci rumah, sekarang tiba masa untuk saya pasasng dan masukkan barang-barang keperluan kedalam rumah.

ok, untuk kali ni, saya nak kongsi tentang bagaimana saya pasang langsir sendiri bersama dengan anak pertama saya - ulya zulaikha. time ni ibu dia outstation, so sorang-sorang la ni. hehe. takda masalah insyaAllah. 

1. Ambil Ukuran Langsir

ambil ukuran dulu

ukuran tempat lain

ukuran tingkap lain lagi. hehe
ok. mula skali. sblm pasang lansir dan beli langsir, kita mestilah ambil ukuran tingkap rumah. seeloknya ambil ukuran dalam inch ataupun kaki.

alat-alat yg diperlukan.
1. Pengukur
2. Kertas
3. Pen

ukuran yang perlu ambil ialah panjang dan lebar langsir. lebarnya dinasihatkan untuk lebihkan dalam 2 inch bhg kiri dan kanan. kemudian untuk ketinggian ataupun panjang bergantung kepada selera masing-masing. samaada tutup tingkap shj atau sampai ke lantai. 

2. Beli Rail langsir dan Langsir

Bahan-bahan yang diperlukan
1. batang langsir
2. Roller langsir
3. End cap rail/batang langsir
4. Pemegang langsir
5. Pencakuk langsir
6. Screw dan wall plug

Saya beli rail langsir di kedai hardware, saya survey beberapa kedai dan dapati beza harga dalam 10 ke 30 sen. So ambillah yg paling murah dan dekat dengan rumah. kelebihannya kalau silap kira atau tak cukup senang pergi balik ke kedai untuk tambah. hehe

Kos yang saya pakai untuk satu rumah saya berdasarkan size langsir yang nak pakai tu ( 5 tingkap 3 daun dan 1 sliding door) lebih kurang RM100. 

3. Pasang Rail Langsir

kawan aku. buat sorang je tebuk lubang
susun dulu rail yg telah dipotong ikut size

haa.. siap doh tu

kawan aku sedang beraksi
alat-alat yg diperlukan
1. Gerudi dinding
2. Tangga
3. Pengukur
4. wire extensioin

Nak pasang rail langsir ni perlukan kepakaran menebuk lubang untuk pasang screw. oleh sbb saya takda kepakaran dan takda drill untuk menebuk lubang, maka saya meminta bantuan kawan saya untuk pasangkan. 

tengok cara dia pasang senang je. hehe. cara saya tengok dia buat kerja memang pakar le, dia tebuk sorang2 je, ukur pon sorang je, saya mula2 tu tolong pasangkan bahan-bahan rail sahaja, lepas tu duk berkejar-kejar dengan ulya zulaikha. huhu

4. Beli Langsir
aku beli 2 corak. coklat tu kat bhg luar. kuning tu kat bilik

Untuk beli langsir, saya pergi survey 3 tempat di Kemaman, Mesra Mall dengan Kamdar Dungun, di Kemaman dan mesra mall langsir yang ada takda size yang saya nak dan design nya pon tak banyak. Tapi bila ke Kamdar WOW, memang berbeza. besar, banyak pilihan can cepat. 

Saya pergi pukul 1. pukul 1.45 camtu dah siap membeli. munkin sbb servisnya gempaq and power tu yang cepat tu. hehe

Saya tak pandai sangat nak kita jumlah langsir tu. so saya cuma bagi size ukurang yang saya ambil dan bagi tau design mana yang saya berkenan kemudian dia akan carikan dan bagi tau ada atau tak. 

5. Pasang Langsir



ni dia pencakuk dan ukuran

tu dia ulya pasnag langsir

ok siap dah.

Waktu ni waktu malam, saya dengan anak perempuan saya pasang langsir. Selamat mood dia malam tu baik, takdalah mengamuk2. saya belikan roti dengan air untuk dia je. hehe.

Buka langsir yang dibeli tu, pasangkan pencakuk langsir pada langsir, cara pengiraan pencakuk sama dengan kira roller rail. lebih kurang setiap 3 inch 1 pencakuk. so kalau 30 inch. lebih kurang 10 roller and 10 pencakuk. Elok kalau lebihkan roller dlm 5 roller. Mana tau emergency leh pakai.

Nak cepat lagi, pasang dulu pencakuk semua langsir kemudian baru sangkutkan langsir pada railnya.

6. Siap
Yup, dah siap. boleh la korang menikmati pemandangan langsir korang. hehe

siap 1

siap 2



siap 4 dah

siap kat sliding door.
7. Video.

jom tgk video yg saya sediakan ini.