Saturday, October 14, 2017

Kenangan Gambar - Gambar 2017

Sedang aku mendengar nasyid-nasyid didalam radio kereta tiba-tiba fikiran ku melayang dan teringat kisah-kisah lampau. Kisah 16 tahun lalu, ketika berusia 12 tahun, peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Banyak kelas-kelas tambahan dan perbincangan dalam kumpulan. Tajuk-tajuk ulang kaji diberikan oleh guru dan pelajar-pelajar membuat perbincangan serta membuat pembentangan didalam kelas utk perkongsian ilmu bersama. 

Terus terang ingin ku katakan, aku adalah manusia biasa. yang tidak lari dari perasaan rasa kasih pada seseorang yang berlainan jantina, Zaman remaja adalah zaman yang penuh dengan ujian kasih sayang terutama kepada keluarga dan kawan-kawan. Terdetik didalam hati ini, perasaan menyukai seseorang. tapi melihat kepada perbezaan watak dan peribadi aku mengambil keputusan untuk mendiamkan sahaja, Aku belajar tentang haramnya percintaan wanita dan lelaki tanpa ikatan yang sah. Maka aku berjaya tundukan nafsu kecintaan kepada wanita dengan hanya meluahkan kepada tuhan yang esa. 

Terpancar dari hati aku untuk menunaikan solat hajat dengan bersunguh-sunguh supaya dipertemukan kami bersama. aku menyakini firman tuhan bahawa mintalah, maka aku akan kabulkan. Selepas itu, perkara itu telah aku lupakan. tiba-tiba...

Aku tersedar dari lamunan, aku senyum keseorangan, aku melihat ke kiri ku. Melihat seorang wanita yang aku kenal sejak 16 tahun yang lalu. tidak pernah aku bersembang lebih-lebih secara bersemuka, sejak dari aku kenalnya ketika berumur 12 tahun sehinggalah umur kami 24 tahun. satu tempoh yang lama. Allah telah mengabulkan DOA aku. Aku disatukan dengan seorang yang aku pernah berdoa solat hajat utk bersama-samanya. MasyaAllah. 





No comments: