Sunday, July 29, 2018

RUMAH APPARTMENT KL

Alhamdulillah diberi peluang untuk menumpang rezeki rumah isteri tercinta Khairiyah Kamaruddin. Kisah nak cari rumah ni bermula akhir tahun lepas (2017), sekitar bulan 9 dan 10. Kami bercadang untuk tinggal di Kuala Lumpur selepas lebih 5 tahun kami tinggal di Terengganu. Selain dekat dengan keluarga, tinggal di KL seperti lebih banyak peluang untuk saya untuk lebih menceburi bidang bisness.

Sebelum membeli rumah appartment ini, kami telah melawat hampir 10 buah rumah di KL termasuk yang landed dan yang di udara (appartment). Kriteria yang wajib yang kami tetapkan mestilah didalam badget (tak lebih dr RM400,000), kawasan mestilah tidak terlalu padat. kejiranan yang tenang. tidak terlalu jauh nak ke KLCC. hahaha.


Setelah pusing2 hampir 2 bln. akhirnya rumah terkini di Melawati Mencuit hati isteriku (rumah subsale). bermulalah proses membeli rumah akhir tahun 2017. Bermula dengan mencari bank yang sesuai, sign SNP, Bayar Deposit, Tunggu Duit Masuk untuk Bayar owner lama, tunggu owner lama settlekan bil2 tertunggak n mcm2 lagi sehinggalah dapat kunci. :D Baru aku tahu, proses nak beli rumah subsale ni sama shj tempoh untuk beli rumah baru. Sebab apa yang aku nampak, dulu semasa aku beli rumah Di terengaanu, Proses ambil masa sehingga 6 bln. Walaupun hrtu, semasa nak beli awal2 agent cakap sekejap shj tak lama pon. alik2 6 bln juga. huhu.

maka, baru2 ni awal bulan 7 hari tu. aku telah bertemu dengan lawyer yang menguruskan jual beli rumah isteri ku ini untuk mengambil kunci dan kad access, dan beberapa dokumen lain.

jadi harini  bermula untuk panggil kontraktor. stakat ni baru dua orang kontractor yg datang. kalau boleh nak 4 contractor.


cuba nak rotate tak jumpa button. haha.


No comments: